Penyampai radio Dj Lin, rasa syukur kerana tahap kesihatannya sudah pun beransur pulih dan kini berada di dalam kondisi baik untuk terus memberikan fokus kepada komitmennya terhadap Suria FM.

Menurut Dj Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, dia berterima kasih kepada semua pihak yang henti-henti menitipkan doa yang baik buat dirinya.

“Tahun Ini Seperti Mencipta Sejarah…,” – Kerap Masuk Hospital Sejak 8 Tahun Lalu, DJ Lin Syukur Kesihatan Kini Makin Baik & Konsisten

“Sejak lapan tahun kebelakangan ini, saya kerap masuk hospital sehingga dirawat di ICU. Namun alhamdulillah, untuk tahun ini, ia seperti mencipta sejarah untuk diri saya kerana kesihatan saya kian baik dan konsisten.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Allah. Malah, para peminat juga sentiasa menitipkan doa-doa yang baik dan memberikan kata-kata semangat.

“Pada saya, itu merupakan satu terapi dan ubat terbaik untuk saya terus kekal aktif,” katanya kepada MH.

Pengurus Besar Suria FM itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran Jelajah Suria Kuasa 2, baru-baru ini.

Ads

Ditanya sama ada mentalnya masih terganggu susulan kerana kontroversi sebelum ini, Dj Lin memaklumkan dirinya kini hanya mahu memberikan fokus terhadap soal kerja dan hal-hal positif.

“Tahun Ini Seperti Mencipta Sejarah…,” – Kerap Masuk Hospital Sejak 8 Tahun Lalu, DJ Lin Syukur Kesihatan Kini Makin Baik & Konsisten

“Saya tidak ambil pusing dengan apa yang berlaku kerana bagi saya, ujian Allah ini ada hikmah tersendiri dan saya yakin Dia ingin berikan sesuatu. Fokus saya ketika ini tertumpu kepada kerja sahaja.

“Saya sedang berusaha untuk menaikkan rating, ranking dan revenue stesen radio saya. Itu objektif utama saya dan bukan perkara lain.

Ads

“Jadi, saya tak perlu ambil pusing dan buang tenaga untuk perkara negatif. Tanggungjawab saya besar dan di bawah saya ada 50 orang staf yang perlu saya berikan sokongan dan semangat.

“Ini merupakan satu perjuangan. Kami kena bersaing dengan stesen radio yang hebat-hebat. Kami tidak akan patah semangat,” ujarnya lagi.

Mengulas mengenai penganjuran program Jelajah Suria Kuasa 2 yang kini muncul menerusi konsep terbaharu, pengendali segmen Suria Cinta ini memaklumkan acara ini merupakan usaha pihaknya untuk terus dekat dengan para pendengar.

“Tahun Ini Seperti Mencipta Sejarah…,” – Kerap Masuk Hospital Sejak 8 Tahun Lalu, DJ Lin Syukur Kesihatan Kini Makin Baik & Konsisten “Tahun Ini Seperti Mencipta Sejarah…,” – Kerap Masuk Hospital Sejak 8 Tahun Lalu, DJ Lin Syukur Kesihatan Kini Makin Baik & Konsisten

Ads

“Untuk tahun 2024, kami ingin menawarkan sesuatu yang berbeza buat para klien dan pendengar setia. Daripada sehari, kita buat pula dua hari. Ini pengalaman baharu buat kami.

“Para penyampai akan ada masa yang lebih lama bersama para pengunjung di lokasi. Ini cara kami membalas semula kepercayaan para pendengar sedia ada dan baharu.

“Dalam hidup ini, saat kita diuji, kita boleh lihat siapa ada bersama dan setia dengan kita. Dengan pelancaran Jelajah Suria Kuasa 2 yang mendapat sokongan penaja, ia merupakan petanda positif.

Jelajah Suria Kuasa 2 bakal berlangsung di empat buah negeri iaitu Pulau Pinang (7 & 8 September), Johor Bahru (21 & 22 September), Negeri Sembilan (28 & 29 September) dan Kelantan (11 & 12 Oktober).

Antara selebriti yang akan membuat persembahan adalah Aina Abdul, Masdo, Ernie Zakri, Nabila Razali dan ramai lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI