Setelah dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim ke-2, anggota kumpulan Heart, Azmi Saat meluahkan rasa syukur apabila memaklumkan isterinya kini sedang hamil empat bulan.
Jelas Azmi yang juga merupakan vokalis bagi kumpulan Caliph Busker, dia sebelum ini belum pernah menceritakan hal ini kepada sesiapa pun termasuklah Danial dan juga Ezad Lazim kerana merasakan semuanya masih terlalu awal.
Bagaimanapun, sehari sebelum pentas akhir berlangsung, isterinya dikhabarkan telah dikejarkan ke hospital akibat mengalami gangguan pernafasan.
Lantaran itu, Azmi memutuskan untuk menceritakan perkara tersebut kepada dua sahabatnya itu sewaktu sedang menunggu di hospital.
“Sebenarnya saya dah tahu sejak dua bulan lepas. Tapi saya tak bagi tahu sesiapa sebab masih awal lagi.
“Kandungannya sekarang dah masuk empat bulan. Danial dan Abang Ezad pun tak tahu pasal ni.
Ads
“Bila malam tadi (khamis) kami buat latihan, tiba-tiba manager saya datang kata ada kecemasan. Isteri saya masuk hospital.
“Saya terpaksa tinggalkan PICC. Pada mulanya kami rancang untuk buat latihan di rumah Danial tapi saya tak berkesempatan sedangkan hari ini final,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Azmi turut meluahkan rasa terharu dengan semangat setia kawan yang ditunjukkan oleh Azmi dan Ezad yang sanggup menemaninya walaupun terpaksa meninggalkan sesi latihan.
“Rupanya isteri saya mengalami sesak nafas. Dia memang ada asma. Paling menyentuh hati saya bila Abang Ezad dengan Danial tunggu saya di hospital.
Ads
“Saya amat terharu semangt setia kawan yang ditunjukkan oleh mereka. Dua jam mereka tunggu. Ketika itu baru saya bagitahu pada Ezad dan Danial.
“Mungkin pada ketika itu isteri saya penat sebab tu terjadinya sesak nafas,” jelasnya lagi.
Penyanyi lagu Tulus itu berkata sedemikian sewaktu ditemui ketika sidang media MLS2 yang berlangsung di Putrajaya International Convention Center (PICC) pada Jumaat.
Ads
Ditanya mengenai perasaanya setelah mengetahui mengenai perkhabaran tersebut, Azmi mendedah dia kini harus bersiap sedia dari segi mental memandangkan dia dan isteri sudah selesa berdua hampir 10 tahun.
“Pada awalnya perasaan saya biasa sahaja. Mungkin lebih kepada memikirkan persediaan hidup baru. 10 tahun bagi saya dah agak lama.
“Saya sebenarnya dah reda untuk enjoy hidup berdua. Jadi kami memang tak fikirkan pasal anak.
“Sebenarnya isteri saya dah pernah mengandung dua tahun lepas sewaktu tahun ke lapan kami berkahwin. Ketika itu memang kami pergi buat rawatan. Tapi tak sampai dua bulan dia gugur.
“Ketika itu adalah rasa sedih. Tapi sekarang ini saya gembira. Tak sangka Allah bagi juga rezeki. Saya rasa tahun ini tahun saya,” akhirinya.
Pada malam final MLS2, kumpulan Heart telah dinobatkan sebagai juara sekali gus membawa pulang hadiah utama berjumlah RM150,000 berserta trofi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nama menantu kepada pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Aslam menjadi perhatian sejak semalam apabila wujud satu akaun TikTok, @aslamgrab yang sekaligus mendedahkan lelaki itu mencari rezeki bersama sebuah syarikat e-hailing.
Menerusi perkongsian tersebut, akaun berkenaan memuat naik foto Aslam yang dilihat mengenakan baju dengan memegang topi keledar syarikat e-hailing berkenaan.
“Ye lah saya bawa Grab je,” tulis pada di ruangan kapsyen ringkas.
Sementara itu dalam hantaran berasingan, akan sama turut memuat naik video pendek yang merakamkan Aslam memberi salam dan meminta orang ramai untuk mengikutinya di TikTok.
“Hai, assalamualaikum, saya Aslam, follow akaun TikTok baru saya,” katanya.
kedua-dua hantaran terbabit menerima ratusan tontonan warganet, namun tidak dalam dipastikan sama ada ia adalah akaun milik Aslam atau sebaliknya.
Sebelum ini, nama Aslam hangat diperkatakan selepas berkahwin dengan anak Abby dan Norman Hakim, Marrisa Dania, di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.
Aslam dikatakan berkahwin tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertamanya, Umisya Mazlan.
Malah, pernikahan terbabit berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa Dania.
Bagaimanapun, kemelut itu berakhir selepas Aslam tampil bertemu dengan keluarga mentuanya awal Aidilfitri lalu sekaligus mencetuskan tular di media sosial.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fathia Latiff mengejutkan ramai pihak apabila ‘muncul’ sekeping foto dirinya yang tidak berhijab atau ‘free hair’ di Instagram, awal semalam.
Bagaimanapun, hasil penelitian MH setakat ini, akaun yang menggunakan nama ‘fatiyalatiff’ yang mempunyai lebih 3 juta pengikut itu sudah tidak dijumpai menerusi carian di Instagram
Terdahulu, foto yang diedit hitam putih itu menunjukkan Fathia ‘tayang’ rambut yang dipotong pendek dengan mengenakan baju lengan panjang di sebuah premis awam.
Malah, foto lainnya di aplikasi berkenaan juga sudah dipadam dan hanya mempunyai sekeping gambar yang dimaksudkan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!