Tahun Ke-6 Bina Masjid, Amyra Rosli & Amar Bahrin Saling Berbalas Ucapan Romantis; “Bersyukur Bila Kamu Memilih Saya…”

Share

Pejam celik, pejam celik usia perkahwinan pasangan selebriti, Amyra Rosli dan suami, Amar Baharin sudah mencecah ke angka enam tahun pada 11 November lalu.

Sempena meraikan hari ulang tahun itu, kedua-dua Amyra dan Amar bertukar-tukar pesanan romantis bagi menzahirkan penghargaan terhadap satu sama lain.

Berkongsikan kompilasi gambar momen bahagia mereka sepanjang enam tahun bersama di laman Instagram miliknya, Amar, 37, berkata dia bersyukur dipertemukan jodoh dengan Amyra yang disifatkan perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidupnya.

“Dah enam tahun dan kami masih kekal bertahan. Banyak perkara yang kita telah lalui bersama. Awak adalah perkara terbaik pernah berlaku dalam hidup saya.

“Saya benar-benar bersyukur ada kamu dan teramat bersyukur bila kamu memilih saya menjadi suamimu.

“Selamat ulang tahun sayang, Amyra Rosli,” tulis Amar di ruangan kapsyen.

Sementara itu, Amyra, 31, turut membalas ucapan romantis buat Amar dan berdoa agar kebahagiaan yang dibina mereka akan berkekalan sehingga ke syurga.

“Saya sangat bersyukur apabila hari-hari dapat bangun tidur berada di sisi suami terbaik dalam dunia ini.

“Hari ini kita meraikan ulang tahun keenam perkahwinan dan saya berdoa agar kebahagiaan ini akan berkekalan hingga ke jannah bersama cinta hati, kawan baik dan teman sejiwa saya,” titip Amyra.

Sekadar info, Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 5, dan Ayra Aryssa, 2 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Amyra Rosli, Amar Baharin

Published by
Juliana Johar