“Tahun Lepas Memang Saya Tak Dapat…,” – Dayang Nurfaizah Syukur Nikmat Dapat Puasa Dengan Mak Ayah, Mahu Sambut Raya Sederhana

Share

Penyanyi, Dayang Nurfaizah meluahkan rasa syukur kerana berpeluang untuk menjalani ibadah puasa bersama kedua-dua ibu bapanya di Kuala Lumpur.

Sekaligus, ia membuatkan sambutan Syawal lebih bermakna bagi dirinya kali ini.

Bagaimanapun, Dayang memberitahu ia tidak lengkap oleh kerana adik-beradiknya masih lagi menetap dan berada di Kuching, Sarawak.

“Macam ibu dan ayah Dayang memang duduk dengan saya di Kuala Lumpur. Cuma macam sambutan ramadan tahun lepas kebetulan sebelum PKP, ibu saya dia pergi ke Kuching kerana ada urusan keluarga di sana.

“Jadi tahun lepas memang saya tak dapat nak sambut puasa dengan ibu.

“Tapi tahun ini, saya bersyukur sangat sebab dapat sambut ramadan dan raya dengan kedua-dua ibu ayah dekat sini.

“Cuma adik-beradik saya sahaja yang masih berada di Sarawak, jadi saya bersyukur sangat-sangat,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 39 tahun ini memaklumkan persiapan puasa dan raya pada tahun ini bersederhana.

“Persiapan puasa atau raya, saya memang tiap-tiap tahun bersederhana sahaja yang penting dapat sambut bersama dengan ibu dan ayah,” katanya lagi kepada MH.

Foto: Instagram Dayang Nurfaizah

Published by
Nazar Rafiqhi