“Anak amanah saya,” itu jawapan ringkas Ummi Nazeera apabila diaju mengenai kerjaya dan tanggungjawabnya terhadap anak-anak tersayang.
Menyedari tugas sebagai ibu di samping mahu memberikan yang terbaik untuk permata hati, Ummi berkata dia terpaksa ambil keputusan menolak tawaran lakonan jika ia melibatkan masa yang panjang hingga perlu berjauhan daripada keluarga.
Ketika ditemui Nona, Ummi yang begitu murah rezeki apabila terdahulu dia turut dilantik sebagai duta jenama TudungRuffle berkata, walau dunia lakonan adalah karier utamanya namun keutamaan ibu kepada dua cahaya mata tersebut kini lebih tertumpu kepada keluarga.
“Tahun lepas saya terpaksa tolak tawaran dua filem. Keutamaan saya sekarang ialah keluarga. Kalau kena outstation atau jadual terlalu pack, saya memang tolak (tawaran).
Sebagai seorang ibu, saya rasa saya tak boleh commit. Keutamaan saya adalah anak-anak dan suami. Saya risau kalau anak saya sekolah dan ayah dia busy, siapa yang akan ambil anak-anak semua sebab saya prefer saya atau suami yang ambil anak dekat sekolah.
Setakat ini kami tak menggunakan khidmat driver untuk ambil anak di sekolah sebab saya masih belum percaya dekat orang lain untuk ambil anak saya. So for now, saya tak ambil job yang sebegitu.”
Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin berkata hidupnya lebih bermakna dan menjadi wanita yang lebih bertanggungjawab sejak kehadiran dua puteri kesayangan. Jauh sekali menganggap anak-anak sebagai halangan untuknya terus berjaya atau tertekan.
“Pandangan saya, bergantung kepada individu. Tak ada masalah awet muda kalau dah kahwin dan ada anak. Ia bukan beban sebab bila kita stres, anak inilah boleh tenangkan hati kita.
Bagi saya boleh jadi lebih awet muda bila ada anak sebab kita selalu ketawa dan senyum. Tapi dalam masa sama perlukan pertolongan orang sekeliling.
Every mother needs me time untuk dia pamper diri misalnya pergi facial atau berurut. Alhamdulillah saya ada masa untuk diri saya dan tak ada masalah untuk semua itu.”
Ditanya hubungannya dengan ibu mentua sepanjang hampir enam tahun berkahwin, Ummi bersyukur kerana keluarga mentua menerima diri dia seadanya.
“Hubungan dengan ibu mertua, baik semuanya. Tak ada masalah. Mak mertua pun sangat understanding dengan kerja saya dan percayakan saya punya kerja.
So far tak adalah dia tegur apa-apa sebab masa saya kahwin dengan suami pun memang saya dah letak limit s
aya dan dia pun mengahwini saya dengan siapa saya seadanya,” ujarnya sambil tersenyum.Untuk rekod, Bintang Bisik Pada Langit ini mendirikan rumah tangga dengan Dr Izzar Anwari pada 23 Julai 2017. Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun itu, mereka dikurniakan dua puteri penyejuk hati, Ayra Aneesah dan Aysha Arsylia.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Ummi Nazeera.