Pertama kali beraya membawa gelaran isteri sudah pastinya memberi makna mendalam kepada Nelydia Senrose.
Namun dalam pada keterujaan menyambut bersama suami, pelakon jelita ini meluahkan kesedihan apabila buat pertama kali meraikan Aidilfitri tanpa ibu dan adik beradik tercinta.
“All out beraya today since tomorrow gotta work already 😭
(missing my family so damn much)
“24 tahun balik kampung and beraya with my mama and siblings, tapi tahun ni berbeza, terasa sangat lain nya. Rindu sedih semua ada 😅. (not complaining tapi sekadar berkongsi)
“New experience for me this year, and sejujurnya raya di Kl pun sangat meriah ok!”, tulis Nely.
Memahami perasaan yang dialami, netizen turut memberikan cadangan agar sambutan perayaan dapat diraikan dengan lebih bermakna.
Foto : Instagram Nelydia Senrose