Dalam pelbagai komen yang ditinggalkan netizen, ada peminat yang turut meluahkan rasa rindu kepada nyanyian dari ibu tunggal itu.
Ads
Rata-rata peminat meminta usahawan berusia 48 tahun itu agar mengeluarkan lagu raya yang terbaru.
Ads
Terdahulu, lagu raya berjudul Lavida Raya nyanyian DSV itu setakat ini telah meraih lebih 6 juta tontonan di YouTube setelah hampir setahun lagu tersebut dilancarkan.
Video : Instagram DSV
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Nanti tunggu, saya punya baju penuh dengan emas asli.”
Demikian kejutan persalinan yang bakal digayakan Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd juga selebirti popular, Datuk Saripah Raziah atau Ifa Raziah di dalam acara berkenaan yang berlangsung pada 13 hingga 17 April depan.
Ifa bagaimanapun tidak mahu mengulas panjang mengenai perkara berkenaan kerana ia masih dirancang dan sebolehnya, biarlah menjadi kejutan pada hari kejadian.
“Saya tak boleh nak kongsikan lagi hari apa dan bila. Kalian kena datang. Bila sudah jadi, barulah rakan media boleh temu bual lagi,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Ifa mengakui dia serius dan komited bahawa kali ini, pihaknya optimis mahu memastikan acara Starvendors dicatat dalam rekod dunia dan kini dalam proses untuk merealisasikan perkara tersebut.
“Proses untuk menjadikan Starvendors tercatat dalam rekod dunia sedang dalam proses perbincangan dan hampir menjadi kenyataan, insya-Allah. Doa-doakan semoga harapan ini akan menjadi kenyataan.
“Wakil mereka akan hadir ke acara Star Vendors KLCC Mega Raya Fest 2023 ini dahulu untuk memastikan ia betul-betul berlangsung selama 100 jam.
“Cuma untuk tujuan tersebut, kita tidak menggunakan perkataan ‘Mega Raya’ kerana ia melibatkan budaya dan bangsa. Jadi jika acara ini tercatat dalam Guinness World Book Of Records dia akan menjadi Longest Non-Stop Festival,” katanya lagi.
Penyanyi lagu Gemercing Rindu itu berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sidang Media Star Vendors KLCC Mega Raya Fest 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre, Khamis lalu.
Mengulas mengenai beberapa festival lain yang difahamkan turut berlangsung pada tarikh sama, Ifa berkata dia tidak mahu terlalu memikirkan mengenai hal tersebut, sebaliknya hanya mahu fokus terhadap kelancaran acara yang dianjurkannya.
“Saya tidak takut dengan persaingan memandangkan kami di Starvendors sentiasa nombor satu dan pilihan ramai orang. Malah soal persaingan ini pun suatu hal yang positif dan sihat.
“Jadi buat apa kita perlu ada rasa takut atau iri hati? Kita sama-sama dalam bidang ini dan patut meraikannya. Jadi, sama-samalah kita fokus pada perniagaan masing-masing,” katanya.
Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLConvec), selama 100 jam tanpa henti.
Ifa Raziah berkata, matlamat penganjuran kali ini adalah untuk memberi platform eksklusif kepada usahawan tempatan dan selebriti tanah air untuk berniaga.
Tahun lalu, acara sama berjaya mengumpulkan lebih 350 usahawan bersama 50 selebriti dan menerima pengunjung seramai 2.6 juta orang pengunjung.
“Jika tahun lalu Starvendors berjaya meraih RM800 juta transaksi urus niaga selama 75 jam ia berlangsung, saya berharap penganjuran kali ini di ‘rumah baru’ kami ini, kutipan akan sukses juga.
“Tambahan lagi kali ini masa urus niaga juga lebih panjang dan kami juga sentiasa memberikan yang terbaik dan sentiasa menjadi pilihan nombor satu vendor-vendor di Malaysia,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob, 43, mengakui pentas program Gegar Vaganza ke-8 (GV8) yang disertainya merupakan satu pentas yang cukup besar.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fazley memohon maaf kepada peminat yang tidak berpuas hati dengan persembahannya menerusi lagu Asmara Ini yang dibawakan di konsert minggu pertama di GV8, semalam.
Malah dia turut berterima kasih buat semua yang memahami seterusnya berazam untuk memberikan persembahan yang lebih baik minggu hadapan.
“Wow.. @gegarvaganzaofficial 8 is such a big stage. Rasa macam berdiri di hujung padang bola. Memang nervous habis, sekian lama tidak menyanyi atas pentas besar, hanya menyanyi sambil memasak di dapur.
“Maafkan saya buat mereka yang hampa, terima kasih buat mereka yang memahami. Syukur buat mereka yang masih sudi memberikan semangat.
“Insya allah, saya akan cuba lebih baik minggu hadapan dengan lagu abang @hasnol Laguku Untukmu,” tulisnya lagi.
Sementara itu menerusi satu ciapan di Twitter, Fazley turut memohon maaf selain mengakui emosi kerana terkenangkan anak-anak.
Awal semalam, pelakon dan pengacara Hanis Zalikha ada memuat naik gelagat anak sulungnya, Yusuf Iskandar yang bertindak nakal dengan menconteng sebahagian karpet dan dinding.
Lalu Hanis menerusi Instagram ada berkongsi beberapa foto anaknya itu bersama ‘hasil’ contengan yang telah dilakukan kanak-kanak berkenaan.
“YUSUF ISKANDAR. Sorry Yusuf, Mommy tak cukup modern untuk semua ni. Lepas dia terkejut Mommy jerit, dia gi ambek vacuum mainan dia,” tulis Hanis.
Lucunya, selepas terkejut kerana dimarahi si ibu, Yusuf segera ambil vacuum mainan untuk membersihkan kesan contengan yang telah dibuat.
Rata-rata netizen dan rakan artis terhibur dengan gelagat Yusuf. Malah ada yang menyifatkan apa yang berlaku merupakan suatu perkara normal dan mereka turut berkongsikan pengalaman sama!
Foto: Instagram Hanis Zalikha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.