Uncategorized

“Tahun Ni Tumpang Beraya Kat Rumah Mak Mertua Kakak Je,”- Begitu Kata Joy Refva Sebab…

Share

Usahawan terkenal, Joy Revfa ada berkongsi beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Joy atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin telah meluahkan memberitahu sambutan syawal tahun ini dia bakal beraya di rumah mak mertua kakaknya.

“Hari raya tahun ni tumpang beraya kt rumah mak mertua kakak je.. insyallah tahun depan beraya kt rumah mak mertua sendiri pulak.

“Awak, awak jgn la gelak, awak tolong “amin” kan je cepat plezzzz…

“Thank you my dear stockist @syiera_ss& fatma juga agent Fiza sempat singgah berbuka puasa bersama2 juga tadi #iftarwithjoyrevfa#mervecosmetic #ombakkitchen#ramadhan #mervequeen”tulisnya.

Di samping itu, peminat kepada usahawan yang berusia 30 tahun itu telah mendoakan semoga Joy sentiasa dalam kesejahteraan dan kebahagiaan.

Terdahulu, Joy yang telah bercerai bersama suaminya yang juga merupakan seorang penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun.

Foto : Instagram Joy Revfa

Published by
Nazar Rafiqhi