Sebelum ini, finalis Dewi Remaja 2015 yang pernah menjadi viral dengan gelaran Cikgu Aishah, Puteri Aishah sudah pun menjelaskan, hubungannya bersama Pengerusi Eksekutif Naza World Group of Companies, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin tidak lebih sebagai kawan baik sahaja.
Lalu kisah tersebut berlalu begitu sahaja, sehinggalah baru-baru ini, usahawan tersebut ada memuat naik gambar serta video pelakon Cinta Roller Coaster ini menerusi media sosial. Malah, pelakon tersebut turut melakukan perkara sama.
“Jujurnya, kami tidak ada hubungan istimewa tetapi saya selesa kenal dengannya,” demkian jawapan ringkas Puteri Aishah apabila ditanya MH mengenai status hubungan mereka berdua.
Meski berkawan baik Puteri Aishah menambah mereka kini agak jarang bertemu kerana masing-masing sibuk dengan komitmen kerjaya.
“Tak ada apa-apalah…Kami hanya berkawan saja dan tidak lebih daripada itu. Sudah jarang jumpa sebab saya sibuk dengan penggambaran drama sementara Faisal pula selalu bekerja di luar kawasan.
“Bagaimanapun, apabila ada masa terluang, kami akan bertemu dan berbual soal kerja masing-masing,” katanya lagi.
Puteri atau nama lengkapnya, Puteri Aishah Sulaiman, 23, memberitahu tidak ada yang perlu disorokkan memandangkan mereka hanyalah berkawan dan tidak lebih daripada itu.
“Tidak ada apa nak disorokkan pun. Setiap gambar atau video yang dimuat naik hanya atas dasar kawan. Jadi sebab itulah kami berani memuat naik gambar dan video keluar bersama,” jelasnya kepada MH lagi.
Dalam perkembangan lain, Puteri Aishah juga akan muncul dengan sebuah filem arahan Khabir Bhatia berjudul Pulang di samping Remy Ishak dan akan muncul di dalam sebuah drama rantaian siaran RTM April depan.
Faisal sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Emilia Hanafi pada 2002. Bagaimanapun, mereka bercerai pada 2016. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga anak lelaki.
Foto: SM Faisal Nasimuddin & Puteri Aisyah