Uncategorized

‘Tak Ada Krisis, Cuma Jarang Jumpa’ Sufian Suhaimi Ambil Pendekatan Agar Orang Tidak Mengata

Share

Bercerita mengenai hubungan antara penyanyi, Sufian Suhaimi dan Elfira Loy pasti akan membuat pengikutnya teruja, maklumlah sejak mereka berdua mengaku bercinta dan bertunang, mereka berdua boleh dikatakan antara pasangan paling popular 2017.

Bagaimanapun, ada yang mendakwa hubungan cinta antara Sufian bersama tunangnya sedang bermasalah kerana sudah jarang melihat foto mereka bersama di Instagram.

Perkara ini telah menyebabkan ramai membuat andaian sendiri kononnya mereka sudah tidak bersama.

Namun, menerusi Harian Metro, Sufian berkata mereka berdua mengambil keputusan untuk tidak kerap berjumpa sepanjang tempoh pertunangan dan menjelaskan hubungan mereka baik-baik sahaja.

Menurut Sufian, dia dan Elfira sudah sebulan tidak berjumpa. Bagaimanapun, mereka masih berhubung antara satu sama lain. Maklumlah, tempoh bertunang adalah tempoh yang agak sukar bukan?

“Kami okey dan tak ada sebarang krisis pun. Cuma, selepas bertunang kami mengambil pendekatan untuk tidak kerap berjumpa. Nanti orang mengata macam-macam pula. Disebabkan itu, orang tak nampak gambar kami bersama di Instagram masing-masing.

 

 

“Sebenarnya, sudah sebulan kami tidak berjumpa. Namun, setiap hari kami berhubung. Lagi pula tidak wajib untuk berjumpa kan?” katanya

Sufian juga berkata tidak berjumpa bukan bermaksud dia tidak sayang dan rindu. Apa yang penting adalah saling memahami dan percaya.

Malah, Sufian juga menambah mereka kini semakin matang dan saling memahami dan menyayangi antara satu sama lain.

Berbicara mengenai perkahwinan yang dikatakan bakal berlangsung bulan Mac tahun hadapan, Sufian akui belum membuat sebarang persiapan lagi.

“Bulan Mac hanya idea daripada kami. Sebenarnya, belum ada tarikh ditetapkan. Tambahan pula, sepanjang dua bulan ini saya sibuk menyiapkan thesis, jadi ia antara sebab kenapa belum ada sebarang persiapan.

Bagi MH bagus pendekatan yang diambil oleh mereka berdua. Ada benarnya juga kata orang biar hubungan itu ada manisnya sebelum kahwin dan mungkin juga untuk mengelak daripada dugaan yang lain sepanjang bertunang.

MH juga doakan agar segala perancangan pernikahan mereka berjalan lancar.

Sumber : Harian Metro

Published by
Wani Arifin