Pelakon dan pengacara, Adriana Adnan mengakui dirinya berasa amat teruja apabila dapat menghadiri majlis konvokesyen yang sebenarnya telah beberapa kali tertangguh akibat pandemik Covid-19.
Menurut Adriana, meskipun majlis konvokesyen tersebut dijalankan secara norma baharu, namun, dia tetap bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
“After repeated postponements due to covid-19, the long-awaited degree scroll has finally landed in my hands and I got to wear my graduation gown yay! I’ve waited almost two years for this day to come!
“Being here in Dewan Agung Tuanku Cancelor felt different this time. Tak ramai orang. No ceremony. Datang untuk bergambar sahaja.
“Tak busy macam konvokesyen kebiasaan. Restricted. Tak ada orang jual bunga tepi-tepi jalan sepanjang UiTM. Lain sangat lah.
“But I’m still grateful to be here. Reminiscing the struggles, fun times, sweats and tears, time and energy that I’ve sacrificed in 2016-2019,” tulisnya.
Rasa gembira itu dikongsikan sendiri oleh pengacara program, Hlive itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram
Ads
Dalam pada itu, Adriana turut menyifatkan segala usahanya selama ini ternyata berbaloi walaupun terpaksa membahagikan masa demi pelajaran dan juga kerjaya.
“Still couldn’t believe how I managed to get my degree done in part-time mode while working in this Entertainment Industry. Isnin-Jumaat kerja, Sabtu Ahad pergi class dari pagi ke petang.
“Ada time in between kerja, settlekan assignments. Itulah routine sepanjang 3 tahun lebih tu asalkan pass hahaha.
“I’m just blessed to be surrounded by supportive human beings, you know who you are. So.. what’s next?,” ujarnya lagi.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Adriana.
“Congratulations sweetie! Your hardwork is finally paid of. Beauty with brain. So proud of you.
“Congratulations good job.
Ads
“Congratulations pretty.
“Congrats Adriana. Amazing achievement,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Adriana difahamkan bakal bergandingan bersama pelakon, Syafiq Kyle menerusi drama terbarunya berjudul Seribu Nina yang akan ditayangkan di platform penstriman, Viu.
Sekadar informasi, Adriana telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Harez Hazim Hazrin pada tanggal 30 Ogos 2019.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Adriana Adnan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Singapura, Yazid Lovehunters diumumkan sebagai peserta yang tersingkir menerusi saingan minggu ke lima program realiti popular, Gegar Vaganza (GV11), malam tadi.
Yazid yang mempersembahkan lagu Doa Buat Kekasih duet bersama Ruhil Amani Hussin, gagal memikat hati barisan juri dan hanya meraih markah paling rendah iaitu sebanyak 57.60%.
Komen Datuk Syafinaz Selamat
“Saya lebih suka suara awak sendiri, lebih natural. Jadi pada saya tak perlu masukkan roh siapa-siapa, ada sedikit laid back, it’s a feel good performance,” antara komen yang diberikan juri. Datuk Syafinaz Selamat.
Dua peserta lain yang turut berada dalam kedudukan tiga paling bawah ialah Reshmonu (duet bersama Amelina) dan Arrora Salwa (duet bersama Hady Mirza) masing-masing dengan 58.50% dan 57.70% markah.
Sheila Abdul Nombor Satu!
Sementara itu, Sheila Abdul yang berpadu suara dengan Jaclyn Victor menerusi lagu popular Ernie Zakri, Ku Bersuara pula sukses berada di kedudukan pertama minggu ini dengan peratusan sebanyak 79.10%.
Ini dia kedudukan markah semua peserta yang masih bersaing di dalam minggu kelima GV11;
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini