Pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat tidak mahu membuat sebarang penafian terhadap hubungannya baiknya dengan rakan selebriti, Redza Rosli.
Ayda ketika ditemui di Palace of the Golden Horses, Sri Kembangan menjelaskan, dia berpendirian yang baik-baik sahaja andai ada pihak yang memberikan sebarang spekulasi mengenai hubungan mereka yang dikatakan sudah pun berakhir.
“Bagi saya Tuhan dah tunjukan sebegitu. Tak ada penafian terhadap apa yang berlaku, sekiranya ada. Saya juga tidak menidakkan atau mengiyakan.
“Sejujurnya kami hanya berkawan baik dan tak ada istillah putus cinta pun sebenarnya. Yang penting, saya cuba bersikap profesional dan akan berkerja dalam cara yang baik, dan rasanya begitu juga dengan dirinya.
“Malah sebelum ini pun, kami memang profesioanal juga, cuma mungkin pada ketika itu hubungan kami diperkatakan kerana sering dilihat bersama,” kata Ayda.
Terdahulu, penyanyi Temberang ini di temui ketika pada majlis pelancaran produk kosmetik, Aurawhite dalam pakej Aurawhite Sparkle Diamond Collagen Travel Pack.
Tidak mahu memberi komen panjang, Ayda perlu menjaga hati banyak pihak.
“Sejujurnya juga, ada beberapa pihak yang saya perlu jaga hati mereka, bukan sahaja diri saya, malahan di pihak sana juga.
“Rasanya itu adalah yang terbaik,” jelas Ayda optimis.
Kongsi Ayda, dia terkejut apabila ada pihak yang cuba mengaitkan hubungannya mulai renggang berpunca dari seorang pelakon wanita lain, Oktovia Manrose.
“Saya juga sebenarnya terkejut apabila ada yang mengaitkan namanya,” ujar Ayda.
Bagaimanapun, Ayda bersikap matang dan punyai jawapan tersendiri.
“Bagi saya tak perlu nak kaitkan perkara ini dengan orang lain. Ini adalah antara saya dan pihak sana,” katanya yang kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri, Cindai.
Foto : Instagram Ayda Jebat