
Pelakon Azlan Komeng memberikan gambaran sebenar sekaligus menjelaskan sebenarnya tidak timbul isu melafazkan cerai terhadap isterinya, Nur Nilam Ortiz susulan ia hanyalah salah faham membabitkan hal perniagaan.
Menurut Azlan yang sinonim dengan naskhah aksi itu, isterinya juga berketurunan Siam dan Sepanyol menyebabkan dia kurang faham mengenai maksud Bahasa Melayu ‘pasar’.
“Saya tak mahu ceritakan secara terperinci sebab apa ia akan berlarutan. Kalau kisah yang disebutkan perceraian itu, sebenarnya begini. Ramai yang tidak tahu bahawa isteri saya bukan berketurunan Melayu.
“Dia kacukan Siam di sebelah ibunya dan Sepanyol di sebelah bapanya dan dia belajar Bahasa Melayu mengikut bahasa buku atau formal. Bila bahasa yang tak formal ni, dia selalu salah faham.
“Jadi cerita kami ini sebenarnya ialah mengenai perniagaan. Kami ketika ini perlahan-lahan terlibat dengan penganjuran majlis dan makanan. Jadi dia ada jalannya sendiri dalam perniagaan sebab dia banyak terbabit dengan urusan bisnes yang besar dan saya sebaliknya.
“Jadi saya juga sudah tentu ada jalan sendiri dalam menguruskan bisnes dan kita ketika itu tiada persefahaman mengenai hal itu sebenarnya. ‘Bergaduh’ pasal idea jalan uruskan perniagaan.
“Lalu saya cakap kepada dia, kau buat jalan kau, aku buat jalan aku. Dia ingat saya menceraikan dia. Kita pula waktu itu sedang marah, jadi saya cakap, saya keluar… tak mahu gaduh. Lalu menurut dia, saya sudah… (melafazkan).
“Malah dia ada buat kenyataan bila saya tiada dari rumah. Kemudian, bila saya balik, dia beritahu bahawa dia sudah keluarkan kenyataan mengenai perkara itu. Pada awalnya dia pun takut jugalah sebenarnya.
“Sebab dia pun tidak bersetuju sebenarnya (untuk berpisah). Saya kata tidak mengapalah untuk kita lebih faham jom kita ke mahkamah,” katanya.
Azlan dan Nur Nilam ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 30 November lalu untuk dirujuk dan dia turut pasangan yang berada di dalam situasi sama dengannya supaya menjadikan pengajaran.
“Alhamdulillah isu sudah pun selesai, tak jatuh (talak) pun. Tidak ada isu bercerai. Saya tak ada sebut pun ‘aku akan cerai’ ke, tak ada langsung perkataan cerai atau talak. Tak ada wujud. Hanya kerana ‘jalan kau dan jalan aku.’
“Hal begini tidak boleh dibuat main. Cuma saya berharap orang ramai pun boleh faham dan maafkan isteri saya kerana dia mungkin terlalu cepat membuat interpritasi sendiri. Cerita itu ini membabitkan isu yang terkebelakang.
“Yang mana isu-isu tersebut tidak ada pun. Sampai saya boleh cakap pada orang kalau betullah saya masih ada berbuat jahat dengan perempuan lain selepas saya masih bernikah dengan Nur Nilam, tunjukkan bukti,” katanya lagi.
Azlan mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Filem Sequel Perjanjian Anak Syaitan 2 di Mid Valey, pada Selasa.
Imbas kembali, Azlan mendirikan rumah tangga bersama Nur Nilam pada 22 Januari 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sekadar Nak Langsung Nikah Di Pejabat Agama Islam Saja Sebab…,” – Sasha Saidin Cerita Proses Persiapan Kahwin, InsyaAllah Zain Akan Jadi Wali

Pelakon dan penyanyi, Sasha Saidin mendedahkan sebelum ini dia hanya merancang untuk melangsungkan majlis nikah awal tahun depan secara sederhana sahaja.
Bagaimanapun, atas dedikasi dan penghargaan rakan seindustri, ibu tunggal ini terharu apabila ada pihak yang sudi membantu apabila berita mengenainya mulai diperkatakan.
Sasha, 40, ketika ditemui memberitahu, pada peringkat awal dia hanya merancang untuk melangsungkan majlis nikah di Pejabat Agama Islan dengan dihadiri keluarga belah pihak sahaja.
“InsyaAllah majlis perkahwinan saya akan dilangsungkan dalam suasana yang sederhana sahaja. Memandang ini bukanlah perkahwinan pertama saya dan bakal suami. Memang niatnya nak buat sederhana sahaja.
“Sekadar hanya nak langsungkan di Pejabat Agama saja sebab abang saya pernah buat sedemikian. Bagi saya yang penting adalah nikah dengan dihadiri ahli keluarga kedua belah pihak.
“Sudah tentu kemudiannya saya akan kongsikan berita itu kepada semua andai ada majlis resepsi selepas itu. Akan tetapi bila berita itu keluar dan diketahui, ramai yang ucap tahniah dan sebagainya.
“Saya terharu dan menangis jugalah. Mungkin kerana ada yang sudah melihat saya bergelar ibu tunggal lebih lapan tahun lalu dan besarkan anaknya sendiri. Ramai yang mendoakan yang terbaik,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, anggota kumpulan Elite ini juga sebolehnya mahu semuanya berjalan lancar, memandangkan proses untuk mendirikan rumah tangga bukanlah suatu hal yang mudah.
“Syukur, ada juga pihak yang sudi taja perkahwinan kami. Yang paling seronok, bila rakan-rakan lama yang pernah bekerjasama dengan saya dalam industri pun ada yang sudi tolong. Ia sesuatu yang sentimental bagi saya.
“Selain itu, insyaAllah Zain kena jadi wali saya memandangkan bapa telah tiada. Jadi saya telah maklumkan kepadanya berkenaan dengan proses dan sebagainya.
“Lebih-lebih lagi bakal suami tidak tinggal di Malaysia. Apabila semuanya hampir pasti nanti, baru saya lebih selesa untuk berkongsi dengan semua.
“Sekarang ini semuanya masih dalam proses dan sebolehnya, saya mahu ia berjalan lancar seperti yang diharapkan. Kita hanya merancang tetapi Dia yang menentukan,” jelas Sasha.
Ditanya mengenai kisah perkenalan di antara mereka, Sasha memberitahu dia dan lelaki yang dikenali sebagai Mr. W itu sudah saling kenal sejak di bangku persekolahan.
“Betul-betul rapat tahun ini, tetapi kami sudah saling kenal sejak zaman persekolahan dulu. Kami berbeza sekolah namun kenali dia menerusi rakan ketika itu.
“Dia kacukan Arab-Melayu,” akui Sasha yang turut memberitahu hanya akan mendedahkan wajah bakal suami menjelang hari pernikahan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bella Astillah Jumpa Penerbit, Ambil Keputusan Undur Diri Drama Turut Tampilkan Ruhainies

Pelakon Bella Astillah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada meneruskan penggambaran drama Terjerat terbitan OrangeTree Production.
Menurut Bella, ia dibuat selepas bertemu dengan penerbit drama iaitu Datuk Seri Jaspal, kelmarin.
“Sebelum keputusan ini dibuat, saya bertemu dengan beliau terlebih dahulu.
“Beliau memahami situasi saya dan menerima keputusan yang saya pilih,” katanya, lapor Harian Metro.
Terdahulu, Bella menerusi hantaran di Instagram berterima kasih kepada pasukan drama terbabit atas kerjasama yang telah diberikan.
“Terima kasih Datuk Seri Jaspal. Terima kasih kerana memahami. Panjang umur dan ada rezeki, kita bekerjasama lagi,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi drama yang bakal ditayangkan menerusi platform penstriman, iQIYI itu, Bella memegang watak perampas suami (lakonan Fendy Bakry) kepada kakaknya yang dibintangi Ruhainies.
Nama Bella menjadi bualan hangat sejak beberapa hari lalu susulan kontroversi membabitkan suaminya, Aliff Aziz dan Ruhainies.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Percaya Kata-Kata Itu Doa, Wany Hasrita Tunai Hajat Beli Rumah 2 Tingkat

Selepas dikatakan hampir setahun misinya tertangguh, penyanyi, Wany Hasrita akhirnya meluahkan rasa teruja apabila kini telah pun berjaya memiliki rumahnya sendiri.
Menurut Wany, berkat usaha dan doa yang berterusan, hampir segala yang diidamkannya telah pun tercapai.
View this post on InstagramA post shared by WH (@wanyhasrita) on
“Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah for everything. Betullah, kata-kata itu satu doa.
“Setiap hari sebut nak beli rumah, pegi haji & umrah doa permudahkan untuk beli rumah. Ini azam saya tahun 2019, 1 tahun delay.
“Tapi Allah tahu bila waktu yg terbaik utk dia beri pada hamba-Nya. Ibu, ini rumah kita. Terima kasih pada semua yang mendoakan,” tulisnya.
Perkhabaran gembira tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Canggung itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Malah, Wany turut menyifatkan Allah sebagai sebaik-baik perancang dan ini juga merupakan hadiahnya buat ibu tercinta.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut berkongsi rasa gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Wany.
Menerusi video tersebut, Wany dilihat gembira membawa ibunya itu meninjau keadaan sekeliling rumah baru mereka itu.
Sumber: Instagram Wany Hasrita
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI