Tak Ada Rezeki Bawa Anak Ke Disneyland, Anzalna Pasang Hajat – “Duit Bercuti Tu I Nak Buat Charity.”

Share

Pelakon cantik, Anzalna Nasir mendedahkan perancangannya untuk membawa anak lelakinya, Mohamad Eidrees bercuti ke Disneyland sempena ulang tahun pertama kelahiran tidak dapat direalisasikan.

Bagaimanapun, dia memanjat rasa syukur apabila sudah mendapat bayaran balik (refund) dan berhajat untuk menggunakannya bagi tujuan kebajikan.

“Plan nak bawa my whole family to celebrate Eidrees’ 1st birthday at the Disneyland tetapi tak ada rezeki.

“Alhamdulillah duit tickets pun dapat refund nasib baik hotel tak book lagi!

“Duit bercuti tu I nak buat charity. Boleh bagi cadangan kat siapa nak bagi?,” tanya Anzalna menerusi satu postingnya di Instagram pada Isini.

Melihat ke ruangan komen, para peminat memberikan cadangan masing-masing.

Terdahulu, Anzalna dan suaminya, Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 dan pertama hatinya itu dilahirkan pada 31 Mei tahun lalu.

Foto: Instagram Anzalna Nasir

Published by
MH