Susulan insiden kemalangan di set penggambaran melibatkan aktres Fasha Sandha, pelakon gandingannya, Azhan Rani tampil berkongsi perkembangan yang berlaku.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Azhan berkata perkara yang terjadi itu adalah di luar jangkauan meski sudah melakukan latihan untuk babak tersebut.
Fasha pada Rabu mengalami kecederaan patah tulang mata kiri selepas mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam ketika menjayakan babak bersama Azhan.
“Seperti dijangka phone aku pun banjir dengan sahabat sparing partner untuk telemovie #anaktuan yang semalam mengalami kemalangan waktu penggambaran.
“Tak banyak yang boleh aku nak katakan perkara dah terjadi. Tak ada siapa yang mahukan kemalangan macam ni terjadi.
“Seperti kata tuan punya diri (Fasha) dan pihak produksi, masing-masing telah sedaya upaya mengelakkan sebarang kecederaan.
“Rehearsal sudah dilakukan… aksi yang diarahkan dibuat separuh tenaga untuk kamera. Segalanya hanya teknik sahaja tapi kalau dah tertulis itulah suratan. Siapa yang tak luluh dan patah hati mengadap keadaan ini,” tulisnya.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Azhan turut berkongsikan semangat dan betapa komitednya Fasha yang ingin meneruskan penggambaran meski dirinya sendiri sedang mengalami kecederaan.
Malah, aktres itu juga dikatakan sempat memohon maaf kepada pihak produksi kerana risau dirinya akan melambatkan proses penggambaran drama terbabit.
“Dia jatuh terkena bucu katil, dia yang minta maaf sebab takut lambatkan shooting.
“Semalam masa di hospital dalam phone dia minta aku stay jangan balik KL dulu sebab kononnya nak sambung shooting hari ni.
“Mujur produksi @geehanmsdnbhd pun dah stopkan dulu scene dia sampai nanti betul-betul sihat barulah kita fikir balik pasal kerja ni,” tulis Azhan lagi.
View this post on Instagram
Dalam posting sama, Azhan meminta semua pihak memberikan masa dan ruang untuk Fasha berehat secukupnya agar kecederaannya dapat pulih dalam masa terdekat.
“Buat semua insyaAllah @fashasandha sedang berehat. Saya dapat juga berhubung dengan dia tadi di Whatsapp.
“Harap berikan ruang untuk dia dulu. Ikut kata dia doktor pun nasihat dia jangan expose dengan cahaya.. jadi berilah dia ruang rehat secukupnya.
“Semoga Allah permudahkan. Terima kasih atas doa semua untuk Fasha. Aku cuma nak tengok dia sihat macam dulu. InsyaAllah dia kuat,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Fasha telah dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Johor Bahru selepas mengalami kecederaan pada bahagian mata kirinya.
Aidil ketika dihubungi menjelaskan pihaknya kini dalam proses untuk memindahkan Fasha untuk mendapatkan rawatan di ibu kota, bergantung kepada nasihat doktor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI