Pelakon, Sharifah Rose meluahkan rasa apabila ada yang mengkritik mengenai penglibatannya dalam karier seni lakonan, selain menyifatkan dia sebagai pelakon yang ‘kayu’.

Pun demikian, Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira tetap bersemangat untuk terus terokai minatnya dalam bidang lakonan.

Tambahnya lagi, dengan peluang yang ada, dia sebolehnya mahu membuktikan kebolehannya sebagai seorang pelakon.

“Biasa lah bila kita mendapat kecaman, kita akan rasa sedih dan benda itu berlaku masa kita masih lagi dalam penggambaran jadi tak akan nak asyik sedih sahaja.

“Banyak orang yang dekat set penggambaran bagi semangat dan cakap tak akan nak biarkan orang kecam saya sampai bila-bila. Dah dapat peluang ni, jadi kena tunjukkan pada semua orang yang saya boleh,” katanya.

Ads

Jelasnya lagi, situasi ini awalnya mungkin berlaku kerana sifat malu masih lagi menebal dalam diri pelakon berusia 23 tahun ini.

“Sejujurnya, saya ni jenis seorang yang pemalu dan sekarang pun masih lagi ada rasa malu-malu tu. Saya ni jenis seorang yang lambat sikit untuk ‘warm-up’.

“Tapi lama-kelamaan, rasa malu tu dah kurang bila kita dah banyak bersembang dengan orang sekeliling di set penggambaran, insyaAllah.

Ads

“Saya harap sangat untuk dapat kekal dalam industri ni, jadi pelakon yang berkualiti bukan setakat naik kejap turun kejap,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut dikongsikan Rose ketka diundang sebagai tetamu jemputan program hiburan Melodi di TV3, pada Ahad.

Ads

Dalam perkembangan lain, bintang ini kini membintangi sebuah drama rantaian terbaru berjudul 3 Nota Cinta, di samping Ashraf Muslim, Wanie Kayrie dan Afifah Nasir.

Naskhah berkenaan ditayangkan di slot Akasia, TV3, sejak semalam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.


Foto: Instagram Sharifah Rose

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI