Untuk mendidik dan menjaga anak isitmewa autisme bukan satu perkara yang mudah dan sangat memerlukan kesabaran yang tinggi.

Baru-baru ini, pelakon senior Zarina Zainuddin ada berkongsi cerita perihal pasangan kembar istimewanya itu di akaun Instagram.

Zarina bagaimanapun memaklumkan dia kini kian kurang berkongsi perihal anaknya di media sosial atas nasihat baik suami.

“Lepas bagi makan dia lari naik bilik tukar baju ajak pegi beli surat khabar lagi. Saya lama tak post video azil tentrum suami saya cakap jangan post macam nak minta simpati orang.

“Saya cakap ramai orang tak tahu lagi autism’s sebab spectrum autism ni besar.

IKLAN

“Setiap anak lain takkan sama anak awak dengan anak saya jadi kalau orang cakap awak buat macam nilah anak saya, buat macam ni, itu anak awak dalam rumah awak dalam jagaan awak persekitaran pun berbeza, tidak akan ada persamaan.

“Azal pun lain saya boleh ajar mengaji boleh ajar dia buat kerja. cuma azil saya suruh tutup pintu pun dia hempas diri.

“Ajar tetap kena ajar tapi kadang kita tak sampai hati sebab hati ibu boleh cair tengok mata anak. huhhh sedang kan kucing lagi tahu sayang anak dia nikan pula manusia  #azalazil #autism #autismawareness,” tulisnya.

IKLAN
View this post on Instagram

lepas bagi makan dia lari naik bilik tukar baju ajak pegi beli surat khabar lagi … saya lama tak post video azil tentrum suami saya cakap jangan post macam nak minta simpati orang .. saya cakap ramai orang tak tahu lagi autism’s sebab spectrum autism ni besar ..setiap anak lain takkan sama anak awak dengan anak saya jadi kalau orang cakap awak buat macam nilah anak saya saya buat macam ni ..itu anak awak dalam rumah awak dalam jagaan awak persekitaran pun berbeza ..tidak akan ada persamaan ..azal pun lain saya boleh ajar mengaji boleh ajar dia buat kerja ..cuba azil saya suruh tutup pintu pun dia hempas diri .. ajar tetap kena ajar tapi kadang kita tak sampai hati sebab hati ibu boleh cair tengok mata anak .. huhhh sedang kan kucing lagi tahu sayang anak dia nikan pula manusia 🙏🏻🙏🏻🙏🏻 #azalazil #autism #autismawareness

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Terkesan dengan curahan hati si ibu, rata-rata pengguna media sosial turut mendoakan agar pelakon berusia 45 tahun itu terus cekal dan tabah dalam menghadapi ujian kehidupan.

IKLAN

“Tak Akan Sama Anak Awak Dengan Anak Saya,” – Bukan Nak Raih Simpati Maklum Zarina Zainuddin

Sekadar informasi, Zarina memiliki sepasang anak kembar menghidap autisme bernama Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai.

Keduanya kini meningkat dewasa dan gelagat mereka kerap dikongsikan Zarina khasnya menerusi Instagram.

Video: Instagram Zarina Zainuddin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI