Susulan ada yang memberi reaksi terhadap penggunaan bahasa ‘janda’ yang berikan Janna Nick buat Elly Mazlein di dalam sebuah program hiburan yang bersiaran secara langsung, bintang itu memaklumkan dia tidak marah atau pun mempunyai perasaan dendam atau terbit perasaan marah terhadap Janna.

Sebaliknnya, Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina menyifatkan ia adalah gurauan dari dua rakan selebriti yang sudah lama saling mengenali.

“Janna sudah saya anggap seperti adik sendiri. Saya tahu apa yang dikatakan itu hanyalah sekadar gurauan semata-mata.

”Saya tak ambil hati pun. Lagipun dia sudah memohon maaf kepada saya sebaik program itu selesai,” katanya.

IKLAN

Elly yang kini sinonim menerusi drama Kampung People turut berharap agar peminat tidak menghentam Janna atas keterlanjuran katanya itu.

“Rasa sedih pula nak tinggalkan kehidupan sebagai ibu tunggal ini. Apabila sudah lama solo saya rasa seronok tapi urusan jodoh ini semua adalah kerja Tuhan.

“Walaupun sedih, hakikatnya saya juga teruja nak kembali menuju ke alam perkahwinan yang berbaki kurang 10 hari lagi. Doakan semoga urusan pernikahan dipermudahkan,” pinta Elly.

IKLAN

Terdahulu, Janna, ketika mengacarakan program Melodi menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak apabila menggunakan perkataan tersebut terhadap Elly.

Elly pada masa sama bakal melangsungkan perlahwinannya, pertengahan Januari ini.

IKLAN

Lalu, ada yang menyifatkan Janna sebagai tidak sensitif selain tidak menghormati status Elly yang hadir sebagai tetamu undangan di samping Rashidi Ishak, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah bagi mempromosikan drama bersiri, Kampung People.

Malah, tindakan Elly yang membantu Janna yang terjatuh ketika mengendalikan program terbabit turut disifatkan sebagai ‘balasan’ di atas ketelanjuran mulutnya itu.

Sumber/Foto: Harian Metro, Instagram Elly Mazlein

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI