Tidak menafikan dirinya turut terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dua tahun lalu, penyanyi Bob Yusof, 40, akui apa yang dilalui menjadi satu pengalaman paling berharga sepanjang bergelar anak seni.

Meskipun perit, Bob bagaimanapun bersyukur kerana dapat menempuh fasa tersebut dengan hati terbuka, meski ada ketikanya dia ‘sesak’ untuk mencari pendapatan dalam tempoh berkenaan.

“Tak Apalah, Saya Kirimkan Saja Doa Bagi Ubat Kerinduan,” – Bangkit Dari Kesedihan, Ini ‘Beribu Rasa’ Bob Yusof “Tak Apalah, Saya Kirimkan Saja Doa Bagi Ubat Kerinduan,” – Bangkit Dari Kesedihan, Ini ‘Beribu Rasa’ Bob Yusof

“Saya percaya ramai yang terkesan dengan apa sudah dilalui. Ada yang hilang pekerjaan, mengalami tekanan perasaan dan ada juga rumah tangga bergoncang kerana hilang pendapatan dan sebagainya.

“Tapi saya bersyukur kerana dapat melalui fasa getir berkenaan dan tidak terperangkap dengan emosi sendiri. Harapnya dengan keadaan semasa yang semakin baik sekarang, semua orang mampu membina semula kehidupan yang lebih baik,” kata Bob.

Menurut Bob, dia paling tidak dapat melupakan situasi tidak dapat pulang beraya di kampung halaman di Limbang, Sarawak sejak dua tahun lalu, sekaligus tidak berpeluang menziarahi pusara ibunya dalam tempoh berkenaan.

Ads

“Baru-baru ini saya ada pulang ke kampung di Limbang tapi masih tidak dapat ke pusara ibu memandangkan belum dibenarkan menziarahi kerana kawasan tersebut menjadi pusara untuk mangsa Covid-19.

“Saya memang sedih tapi reda dengan keadaan tersebut. Tak apalah, saya kirimkan sahaja doa bagi mengubat kerinduan yang tak berpenghujung,” katanya.

Mengubat segala kedukaan yang dilalui, Bob kini tampil dengan single Beribu Rasa, ciptaan Ajai dan lirik oleh Slen Fadzil. Ia merupakan simbolik kepada dirinya yang berjaya melepasi segala kekalutan setelah mengharungi tempoh sukar sebelum ini.

Ads

“Kita tak boleh bersedih dan kena bangkit daripada segala masalah. Saya anggap dengan terhasilnya lagu ini akan mengubat rindu peminat dan dalam masa yang sama menjadi semangat kepada saya untuk terus maju dalam bidang seni.

“Sebenarnya tema yang dipilih juga kena dengan situasi semasa. Ada segelintir lelaki putus cinta dan ditinggal kekasih tapi masih juga mahukan orang yang sama. Itu yang diangkat dalam lagu ini,” katanya lagi.

“Tak Apalah, Saya Kirimkan Saja Doa Bagi Ubat Kerinduan,” – Bangkit Dari Kesedihan, Ini ‘Beribu Rasa’ Bob Yusof “Tak Apalah, Saya Kirimkan Saja Doa Bagi Ubat Kerinduan,” – Bangkit Dari Kesedihan, Ini ‘Beribu Rasa’ Bob Yusof

Ads

Beribu Rasa adalah terbitan Inisiatif Seni Kreatif  (ISK) dan lagu ini diedarkan oleh Univesal Music, turut boleh didengari di semua platfrom muzik digital.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Bob Yusof

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI