Baru-baru ini, video nyanyian penyanyi, Aisyah Aziz tular diseluruh platform media sosial.

Rata-rata netizen terpegun saat memperdengarkan nyanyian Aisyah yang sangat lunak dan bersahaja sewaktu mendendangkan lagu Kali Terkahir Ku Lihat Wajahmu nyanyian asal penyanyi lagenda, Uji Rashid.

Malah, ada juga netizen yang meluahkan rasa kecewa kerana penyanyi berbakat seperti Aisyah kurang mendapat perhatian meskipun sudah lama berkecimpung di dalam dunia seni.

Dalam pada itu, seorang individu tampil memberikan pandangan dengan mengatakan segelintir netizen masa kini lebih gemar mengangkat penyanyi yang memiliki rupa paras cantik berbanding bakat.

Malah, individu tersebut juga secara terbuka memetik nama selebriti terkenal, Ayda Jebat sebagai contoh penyanyi yang dimaksudkannya itu.

Ads

“Sebab Malaysia suka naikkan bimbo tiada bakat tapi typical standard cantik (putih cerah) contohnya Ayda Jebat,” tulisnya menerusi satu hantaran di aplikasi X.

Hantaran tersebut kemudiannya sampai ke pengetahuan Ayda.

Ads

Tidak melatah, isteri kepada pengacara Nabil Mahir ini menasihati individu terbabit supaya menjaga percakapan dan tidak mempertikaikan rezeki yang telah diatur oleh Allah SWT.

“Bimbo? Tak baik cakap orang macam itu. Jaga diri dan keluarga. Esok lusa tak tahu apa jadi. Allah sudah tentukan rezeki masing-masing,” balas Ayda.

Ads

Terdahulu, Ayda kini difahamkan masih lagi dalam tempoh berpantang selepas melahirkan cahaya mata kedua pada 12 Disember lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram & X Ayda Jebat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI