Bagi sesetengah orang, untuk menjaga penampilan diri, kesihatan dan berat badan masing-masing, terdapat banyak cara atau method yang boleh diamalkan.

Antara salah satu cara yang MH rasakan menarik, adalah perkongsian dari pelakon jelita, Sherry Ibrahim menerusi Instastory miliknya.

Makan Dalam Kuantiti Sedikit Tapi Kerap, Sherry Enggan Bazir Makanan!

“Tak Baik Membazir Makanan,” Antara Cara Sherry Ibrahim ‘Maintain’ Cantik & Slim! “Tak Baik Membazir Makanan,” Antara Cara Sherry Ibrahim ‘Maintain’ Cantik & Slim!

Perkara berkenaan dimaklumkan Sherry menerusi satu muatnaik hantaran video pendek di laman Instagram miliknya, memaklumkan tentang dirinya yang mahu kembali aktif melaksanakan senaman. Ini susulan telah seminggu demam dan mengalami gangguan kesihatan.

“Nak mula bersenam balik selepas seminggu demam, selsema dan batuk yang paling lama setakat ini. Sebab makan banyak itu je dah sangat kenyang.

Ads

“Jadi pembaziran makanan adalah tidak baik sebab itu saya bahagikan siap-siap,” tulis Sherry ringkas.

Nasi Segengam, ‘Rahsia’ Sherry Kekal Langsing

“Tak Baik Membazir Makanan,” Antara Cara Sherry Ibrahim ‘Maintain’ Cantik & Slim!

Bagaimanapun, menerusi hantaran video berkenaan dapat dilihat Sherry yang sedang menikmati juadah makan tengaharinya iaitu Ayam Goreng Kunyit bersama nasi putih.

Ads

Namun, apa yang menarik perhatian adalah kuantiti karbohidrat iaitu nasi yang diambil oleh Sherry yang sedikit dan boleh dikatakan tidak sampai segenggam. Malah, meskipun kuantiti sedikit, nasi berkenaan kelihatan seperti tidak terusik.

Dalam satu siri hantaran yang berasingan, Sherry mendedahkan bahawa dengan pengambilan nasi yang sedikit itu pun sudah cukup membuatkan dia merasa kenyang.

Ads

Jadi tidak hairanlah jika, bekas pramugari ini mampu mengekalkan penampilan tinggi langsing sekaligus menjaga kejelitaaan dirinya.

Anda yang mahu menurunkan berat badan juga boleh meniru cara yang diamalkan aktress jelita ini. Nak kurus, bukan tidak boleh makan. Hanya perlu makan ketika lapar dan pastikan anda makan dalam kuantiti sedikit dan kerap. Selamat mencuba!

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari @Hijabista

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI