Persembahan Sufian Suhaimi menerusi lagu Dimatamu kekal trending dan diperkatakan ramai apabila Elfira Loy dilihat melayangkan status menerusi Twitternya.
Bagaimanapun pada masa sama, pereka fesyen Hatta Dolmat menerusi laman Instagram pula ada berkongsi cerita perihal pengalamannya menatarias penyanyi ini.
Cukup terharu dengan sikap rendah diri Sufian, kata Hatta, proses bekerjasama cukup mudah kerana penyanyi ini tidak banyak songeh.
“Dari first jumpa discuss design, jumpa bincang konsep final overall look, sampai lah fitting, @sufiansuhaimi_ ni sangat lah humble personality nya, banyak kali lah abang cakap abang memang sangat suka lagu Di matamu, seronok proses discuss segalanya mudah dengan sufian, apa yang abang suggest, siapa yang abang suggest dia yakin, tiap kali habis dari discuss, dalam hati mesti akan cakap “ ya allah baik betul sufian ni, moga ada lah rezeki dia.”
Pereka tersohor ini juga percaya bahawa bekas tunang Elfira Loy ini benar-benar telah ‘move on’.
Ads
“Yang abang suka dengan cara sufian, dia PERCAYA kita. Dengan family dengan kawan kawan abang pun abang cakap sufian ni baik, lagu sedap, Kerja Sama dia bagi pun bagus, tak banyak bunyi, Dia Akan cakap “okay je bang, ean okay je.” Itulah rendah diri yang buat dia.
“Di senangi dan mendapat tempat Persembahan Terbaik #ajl33 semalam. lagu, pernyampaian syair yang merinding, penampilan, persembahan yang cukup simbolik Dan memberi kesan mendalam pada hati anda semua. Tahniah @sufiansuhaimi_ Dan seluruh team #dimatamu Dan percayalah sepanjang ini sufian sudah benar benar move on! Fuhhhh! Great team weyhh!” tulisnya.
Tidak menyangka, dalam berduka kehilangan abang tersayang, Ali Puteh mendapat perkhabaran gembira apabila isterinya, Melati Fitri Abdullah kini sedang hamil enam minggu.
Memetik laporan Astro Gempak, dia menyatakan isteri perlu membuat pemeriksaan berkala dan diberi perhatian khas kerana kandungan sebelum ini mengalami jantung berlubang.
“Syukur pada mu Ya Allah, sesungguhnya Dia-lah sebaik-baik perancang…Hanya itu yang mampu saya ungkapkan buat masa ini. Di kala saya sedang berduka, Dia berikan kegembiraan buat kami sekeluarga.
“Betapa hebatnya aturan Allah, Dia gantikan arwah Ainul dalam masa yang tidak terduga ini.
Cuma, kalau arwah Abam ada dia pasti sangat gembira dan teruja.
“InsyaAllah, kami akan pergi ke klinik dan jalani pemeriksaan macam ibu hamil lain.
“Cuma bezanya kali ini, mungkin isteri akan diberikan lebih perhatian kerana pernah ada ‘history’ (anak mengalami jantung berlubang).
“Apa pun terima kasih kepada anda semua yang telah banyak mendoakan kami sekeluarga, hanya Allah SWT yang dapat membalasnya” katanya seperti yang dipetik.
Sekadar imbasan, Ali kehilangan puteri kedua, Sharifah Nur Ainul Mardhiah pada 26 November tahun lalu selepas 17 hari dirawat di hospital akibat penyakit jantung berlubang dan masalah injap jantung terbalik.
Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew berkongsi perkembangan terkini mengenai kesihatan bapanya, Ibrahim Lew yang menghidap penyakit kanser perut.
Menurut Ebit, doktor memberitahu sel kanser yang dihidap bapanya kini sudah merebak ke beberapa bahagian lain.
Meski sedang menjalani tempoh kuarantin selepas pulang menjalankan misi kemanusiaan Palestine, Ebit bersyukur kerana masih berpeluang menziarahi bapanya di hospital sejurus melakukan ujian saringan Covid-19.
“Pohon doakan buat ayah saya yer..Dr kata kanser perut last stage. Menanti hari. Kanser dah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya. Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full ppe dan test covid negatif.
“Terima kasih kkm. Lama lagi kuarantin. Maafkan ebit yer bapak. Ebit tak dapat jaga disaat begini. Terima kasih adik beradik semua yang menjaga. Terima kasih semua yang mendoakan ye.
“Hari tu masa sedar ayah saya cakap. Teruskan kerja sempurnakan misi membantu. Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya.
“Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila. Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak. Terima kasih bapak atas segalanya.
“Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang dilakukan. Saya hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah,” tulisnya.
Sejak semalam, hangat diperkatakan di media sosial mengenai satu foto tular melibatkan pendakwah dan penceramah bebas, Pencutus Ummah (PU) Amin bersama wanita yang berpakaian mencolok mata di dalam sebuah majlis.
Cakna mengenai insiden tersebut, Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim kemudiannya memuat naik kenyataan berhubung isu berkenaan menerusi laman Facebook miliknya.
Terbaru, PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula juga dilihat ada mengeluarkan satu lagi kenyataan menjelaskan tugas dakwah bukan hanya tertumpu di kawasan masjid semata-mata tetapi di jalanan juga harus diambil kira lebih-lebih lagi di tempat yang berlakunya maksiat.
Katanya lagi, teguran secara lantang di media sosial tidak akan pernah cukup dan para pendakwah hendaklah meluangkan masa untuk turun ke lapangan.
“Dakwah mesti dilaksanakan sebaik mungkin. Dari dewan masjid surau hinggalah ke lorong lorong, kelab malam, dan pusat pusat kumpul mereka. #streetsdakwah
“Lantang, tegas dan garang di Media sosial tak mencukupi, kita wajib turun berdepan dan menyampaikan dakwah pada mereka walau satu ayat.
“Saya dah buat cara tegas, maka kali ini kita guna cara santun dan berdepan. Kita bukan sekadar keybord warrior,” tulisnya.
Pandangan tersebut dikongsikan oleh PU Amin menerusi entri terkini di laman Facebook miliknya.
Dalam pada itu, PU Amin turut mendedahkan usahawan dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Liew merupakan antara pendorong buatnya untuk terus bersemangat di dalam kerja-kerja dakwah.
“Inspirasi ini saya ambil dari Al Fadhil Kekanda Ustaz Ebit Lew. Tidak pelik, sebab sejak 2019 beliau dah turun berjumpa berdepan mereka.
“Waktu tu pun Ustaz Ebit Lew teruk kena kecam. Tapi hasil nya ramai pondan maknyah gay lesbian pelacur bertaubat.
“Saya buat perkara yang sama untuk mengajak mereka ke Syurga walau saya belum tentu ahli syurga.
“Kita lakukan dakwah ini untuk anak keturunan kita. Kalau kita tak mulakan dakwah ini maka hancurlah generasi kita,” katanya lagi.
Dikesempatan itu juga, PU Amin yang juga merupakan salah seorang peserta bagi program Gema Lawak Superstar turut dilihat sekali lagi membuat permohonan maaf berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan itu.
“Maafkan saya atas isu yang berlaku. Ramadhan tak patut dihiasi dengan caci maki yang buruk.
“Saya bersyukur, ujian jni buat saya lebih bersemangat untuk turun berdakwah bertemu masyarakat. Maafkan saya, terima kasih & Move On!,” katanya.
Terdahulu, PU Amin juga ada meminta wanita itu untuk memadam foto tersebut.
Sumber: Facebook PU Amin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Indonesia kehilangan satu lagi bintang berbakat apabila pelakon komedi popular, Nasrullah atau lebih dikenali sebagai Mat Solar, menghembuskan nafas terakhir pada Isnin,...