Tak Bawa Bayi Perempuan Jalan-Jalan Hingga Cecah Usia 6 Bulan, Netizen Sokong Keputusan Ummi Nazeera & Suami

Share

Umum mengetahui, bayi yang baru lahir tidak digalakkan untuk berada di kawasan yang terlalu terdedah terlalu lama misalnya di luar rumah, bimbang andai mendapat jangkitan kuman berpunca dari persekitaran.

Lebih-lebih lagi, penjagaan terhadap si comel yang dilahirkan secara pra matang perlu lebih dititik beratkan agar pembesarannya bertambah baik dari semasa ke semasa.

Mungkin itulah yang dipraktikkan oleh pelakon, Ummi Nazeera yang mengakui jarang membawa anaknya, Ayra Aneesah Mohd Izzar keluar bersiar-siar ke lokasi jauh sehingga usianya mencapai 6 bulan.

Malah, sejak dilahirkan pada 22 Ogos lalu, diakui bintang Gol & Gincu Vol.2 ini tidak pernah membawa anaknya di mana-mana majlis.

“Daddy tak benarkan ayra keluar jalan jalan lagi… Travel from one place to another pun to another house je.. Shopping malls semua belum pergi lagi. Tunggu 6 bulan nanti lah syg ya in shaa Allah.. Naik stroller @cybexmalaysia #cybexfashioncollectionkoi ni pun area area rumah je. ? Sian dia..

“Takpelah.. She has met so many people at home and so many people dah angkat sembang2 dgan ayra kan.. i consider that teaching u/exposing u to social skills as well iAllah. mummy love u so much baby,” tulis Ummi menerusi posting terbaru di Instagram terhadap sepotong video yang dimuat naik.

Menurutnya, suaminya tidak membenarkan bayi perempuan mereka keluar jalan-jalan, tunggu usianya cecah 6 bulan.

Ummi bagaimanapun gembira kerana sekurang-kurangnya, Ayra sudah pun terdedah dengan keluarga di rumah dan tetamu yang pada masa sama turut berinteraksi dengan so kecilnya itu.

Serentak dengan perkongsian berkenaan, para pengikutnya di Instagram turut menyokong dan memberi pandangan hampir sama sambil memuji kecomelan bayi perempuannya itu.

Foto: Instagram Ummi Nazeera

Published by
Rafiq Mazlan