Anggota kumpulan K-Clique, MK menyambut ulang tahun ibunya yang dikenali sebagai Kamariah.
Malah, sedutan istimewa saat membuat panggilan buat si ibu yang dikongsikan MK menerusi video muzik lagu terbaru, Pulang di Instagram mencuri perhatian ramai.
“Its all about family. Two of the greatest gifts they gave me are roots and wings. Alhamdulillah. Selamat ulang tahun syurgaku @kamariah1010. Sebentar ku pulang,” tulisnya sambil memberikan kredit.
Menerusi babak yang dikongsi, MK dilihat seolah-olah sebak kerana berjauhan dengan ibu tersayang lebih-lebih lagi apabila melihat anggota K-Clique yang lain gembira bersama keluarga masing-masing.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat turut tidak mampu menyembunyikan rasa sama lalu berkongsikan reaksi mereka selain turut memberi dedikasi selamat hari lahir buat ibu MK.
Terdahulu, muzik video Pulang versi penuh sudah boleh ditonton menerusi YouTube dan sehingga kini ia sudah pun mencapai lebih 800,000 kali tontonan.
https://www.youtube.com/watch?v=yLTtPEvybkc
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Genre Berbeza, Tak Pernah Buat Sebelum Ini,” – Figura Adlin Aman Ramli Terlibat Filem Genre Aksi Unit Beruniform Pada Usia 50 Tahun, Babak ‘Fighting’ Paling Mencabar
Lebih tiga tahun menyepikan diri, pelakon Adlin Aman Ramlie menanti peluang untuk beraksi dalam filem genre aksi, sekali gus mengubat kerinduan peminat di persada perfileman tanah air.
Adlin, 50, berkata, dia juga terima tawaran untuk berlakon dalam filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang itu kerana tertarik dengan naskhah filem genre aksi unit beruniform itu.
“Sebenarnya, ada beberapa sebab saya terima tawaran berlakon dalam filem ini. Saya juga sudah kenal lama dengan pengarah, Allahyarham Pitt Hanif sejak zaman 1990-an lagi ketika arwah belajar di Akademi Filem, manakala saya pula di Akademi Seni Kebangsaan.
“Saya percaya arwah Pitt juga yang mencadangkan nama saya kepada penerbit untuk membintangi filem ini. Saya rindu mahu kembali berlakon, jadi terima tawaran kerana memberi sokongan pada rakan dalam industri perfileman tempatan.
“Justeru, bila dapat tawaran buat filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang ini yang juga genre aksi beruniform, saya terus tertarik kerana ia genre berbeza dan tak pernah buat sebelum ini,” katanya.
Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang terbitan Flying Deals Sdn Bhd dan Arie Zaharie Production dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) itu menampilkan gandingan dua aktor dan aktres popular Saharul Ridzwan dan Julia Farhana Marin selaku teraju utama.
Selain Adlin, filem ini turut menampilkan Datuk Fizz Fairuz, Sabri Yunus, Kodi Rasheed, Gambit Saifullah, Aziz M Osman, Sherie Merlis, Wanna Ali, Jaja Iliyes, Aman Nassim, Hafiz Nafiah, Yuznor, Azlan Komeng, Hushairi Husain, Akmal Ahmad, Eqy Affandi, Iman Zulkarnain dan Trisha Ooi.
Berkongsi mengenai watak, kata Adlin, dia melakonkan watak antagonis iaitu Samat yang juga ketua penjenayah dalam filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang itu.
“Watak Samat adalah ketua yang menjalankan misi dan memberi arahan kerana ketua nombor satu adalah Sabri Yunus. Filem ini menampilkan babak aksi pergaduhan yang penonton tidak pernah tengok saya lakonkan sebelum ini.
“Saya juga tidak merujuk sesiapa untuk melakonkan watak Samat, sebaliknya ia mengikut idea dan kreativiti sendiri.
“Saya hanya menonjolkan karakter Samat seorang yang dinamik dan ada pesona dan energinya. Gaya saya berlakon memang konsisten dari dulu sampai kini,” katanya.
Ditanya babak paling mencabar pula, kata Adlin, dia perlu melakonkan babak fighting (pergaduhan) di pulau dengan watak utama, Leftenan Maritim Hafiz (Saharul) dalam filem itu.
“Saya juga menjalani latihan ‘fighting‘ dengan bimbingan dari koreografer profesional seminggu sebelum penggambaran. Selain itu, ada juga sesi latihan di studio.
“Babak pergaduhan itu aksi yang berterusan dan sudah namanya filem aksi, ia membabitkan banyak percubaan untuk dapatkan shot menarik. Setakat tubuh lebam-lebam buat babak bertinju itu perkara biasa dalam filem aksi,” katanya.
Adlin berkata, dia juga berkampung lebih tiga minggu di Pulau Langkawi sepanjang penggambaran filem itu.
“Banyak cabaran dihadapi ketika penggambaran di Pulau Langkawi kerana ia membabitkan kawasan laut dengan angin kuat dan ombak yang kencang.
“Ada masanya kami barisan pelakon dan kru terpaksa berpatah balik ke darat kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan untuk kami meneruskan penggambaran,” katanya.
Mengulas pengalaman bekerja dengan arwah Pitt selaku pengarah pula, kata Adlin, dia tiada masalah bekerjasama dengan pengarah muda itu kerana mereka sudah kenal lama.
“Arwah Pitt, penuntut lulusan bidang filem dan memiliki pengalaman luas dalam bidang pengarahan. Saya juga mengenali personaliti dirinya dan cara proses kerja dia saya sudah tahu.
“Kami juga berbincang mengenai watak ketika sesi pembacaan skrip dan saya juga beri idea dan pemikiran untuk menterjemahkan watak saya lebih matang berbanding pelakon lain.
“Kalau saya berasa babak itu itu tak okay ketika sesi pembacaan skrip, saya beritahu kepada arwah dan cakap terus terang sahaja dengannya. Arwah juga beri kepercayaan pada keputusan yang saya buat dan memudahkan kami bekerjasama untuk memberikan yang terbaik pada filem itu,” katanya lagi.
Sementara itu, ditanya kelainan dan tarikan pada filem itu, kata Adlin, dia mengucapkan tahniah kepada Maritim Malaysia kerana mereka memberikan sokongan kepada industri perfileman tempatan dengan bekerjasama dalam pembikinan filem skala besar ini seiringan dengan agensi seperti Polis Diraja Malaysia, tentera dan sebagainya.
“Namun, bagi saya penceritaan filem ini menarik dan satu kejayaan yang besar dalam industri perfileman kita kerana Maritim Malaysia hanya meletakkan posisi mereka di latar belakang filem ini sahaja.
“Apa yang menarik, Maritim Malaysia juga memaparkan jalan cerita bagaimana anggota mereka juga tertipu dengan penjenayah, anggota mereka kena tembak, kapal mereka kena tawan (hijack) dan keadaan yang tidak boleh dikawal serta nampak penjahat lebih berkuasa dari mereka.
“Walaupun pada penghujung cerita Maritim Malaysia berjaya menumpaskan kumpulan penjenayah terbabit. Filem ini juga ada ‘attitude’ dan tidak klise dari filem genre aksi lain yang pernah diterbitkan sebelum ini,” katanya.
Filem edaran Metrowealth International Group dan disokong Primeworks Studios (PWS), Media Prima Berhad (MPB). Ia mula menjengah pawagam seluruh negara termasuk ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam sejak 2 Februari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mahkamah Tolak Permohonan Ikat Jamin Aryan Khan. Disyaki Terlibat Dengan Sindiket Kartel Dadah Antarabangsa
Permohonan ikat jamin anak sulung Shah Rukh Khan telah dinafikan oleh mahkamah Khas Mumbai hari ini. Aryan Khan yang kini ditahan di Penjara Arthur Road atas kesalahan penyalahgunaan dadah mungkin akan menyambut cuti umum Deepavali di sebalik tirai besi.
Ini kerana pihak mahkamah akan bercuti sepanjang awal November bagi sambutan perayaan terbesar yang disambut rakyat India itu.
Penolakan permohonan ikat jamin ini dilihat sebagai satu indikasi yang pihak berkuasa India mengambil serius hal tersebut dalam usaha mematahkan sindiket dadah yang berleluasa.
BACA JUGA: Anak Shah Rukh Khan Antara 8 Ditahan Dalam Kes Penyalahgunaan Dadah
Walaupun begitu, peguam yang mewakili Aryan, Satish Maneshinde dan Amie Desai akan membawa permohonan ikat jamin tersebut ke Mahkamah Tinggi Mumbai. Kedua-dua mereka teguh dengan hujah yang tiada sebarang dadah berada dalam simpanan Aryan ketika serbuan dilakukan pihak Biro Kawalan Narkotik India (NCB) di atas kapal persiaran yang dinaiki jejaka berusia 23 tahun itu di pantai Mumbai.
Dalam satu dokumen yang dilaporkan oleh India Today, dinyatakan bahawa ini bukanlah kali pertama Aryan terlibat dengan penggunaan dadah terlarang.
“Ada banyak bukti dalam bentuk perbualan WhatsApp tertuduh no. 1 (Aryan Khan) dengan warga negara asing dan orang yang tidak dikenali yang berurusan dengan dadah. Terdapat rujukan dadah keras dan jumlah besar dalam perbualan WhatsApp yang tidak dapat digunakan untuk dimakan, dengan orang yang tidak dikenali yang disyaki menjadi sebahagian daripada sindiket dadah antarabangsa, “kata perintah mahkamah itu.
Anak bintang Bollywood terkenal ini ditangkap oleh pihak NCB pada 3 Oktober lalu bersama tujuh tertuduh yang lain.
Untuk pengetahuan para pembaca. Shah Rukh Khan dan isterinya, Gauri, berkahwin berlainan agama. Anak-anak mereka didedahkan dengan ajaran Islam dan Hindu serentak dan mereka menghormati serta menyambut perayaan kedua-dua agama.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dakwaan Tekanan Dihadapi Zynakal Hanya Propa? Rupanya Ini Sebenarnya Yang Berlaku, Diceritakan Tuan Badan
Penyanyi rap, Zynakal mendedahkan dirinya rasa kecewa apabila ada segelintir pihak yang menyifatkan dia sengaja mengada-adakan cerita mengenai berkaitan dengan tekanan dihadapi sebelum ini.
Zynakal ada membuat pendedahan mengenai kisah sebenar yang berlaku kepada dirinya kepada umum.
Bagaimanapun, masih ada yang sangsi sekali gus menuduhnya dengan pelbagai tuduhan kurang berasas.
Malah jelasnya lagi, ada yang menganggap segala yang diceritakan itu hanyalah rekaan semata-mata.
“Tekanan yang saya hadapi tak jelas sebab itu saya mampu melayan haters sampai akhirnya saya sendiri masuk ke dalam lokap,” katanya.
Mengimbas kisah hitam berkenaan, Zynakal turut mendakwa ketika di dalam lokap ada yang berkata dirinya kotor dan akan dibawa ke hospital.
Malah dakwanya juga, apa yang telah berlaku turut menyebabkan dia kurang aktif berbanding dahulu.
“Mereka kata saya kotor sebab duduk di dalam lokap dan perlu dibawa ke hospital. Bila sedar sahaja, saya nampak tulisan Wad Psikiatari.
“Pakaian pun semua dah tukar kepada baju hospital.
“Saya juga diberikan ubat berterusan memandangkan penyakit ini bukan mudah juga untuk disembuhkan.
“Impaknya saya sudah tidak aktif lagi macam dulu,” katanya menerusi perkongdian yang dipetik menerusi saluran YouTube Indigital Music, Zynakal- Pengakuan Kisah Hidup Finale.
Ikuti perkongsiannya secara penuh di sini;
Foto: YouTube Indigital Music
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI