“Tak Berjurai Pun Air Mata,” – Jawab Farah Lee Bila Ally Iskandar Kongsi Hasrat Nak Bina Masjid

Share

Dua hari lalu, bintang media sosial Farah Lee ada berkongsi sekeping foto sambil merakamkan rasa terharunya apabila bekas suami, hos Ally Iskandar bersama isteri barunya turut sama menghantarnya berangkat ke London bagi meyambung pengajian.

Pada masa sama, ibu tunggal ini turut mendedahkan bahawa sesi tersebut menjadi pertemuan pertama Maream bertemu dengan ‘ibu’ yang baru dikahwini bapannya, namun mereka tidak sempat untuk merakam foto bersama.

Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya rasa sebak selain turut memuji cara keduanya di dalam mendidik anak meski sudah saling berpisah.

Malah, ada yang turut bersedih mengenangkan apa yang berlaku. Bagaimanapun, menerusi satu komen yang dibalas Farah atau lebih sinonim disapa Omma, dia tidak rasa sedih.

Sebaliknya gembira dengan keputusan bekas suami.

“Awak masuk dalam hati orang lain ni. Bila Daddy bagitahu dia nak berkahwin, saya sangat gembira. Tak berjurai pun air mata,” balasnya.

Terdahulu, Ally atau nama sebenarnya, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 43, difahamkan telah mengakhiri zaman duda apabila bernikah dengan seorang wanita bernama Marlina Ibrahim pada Sabtu lalu di Temerloh, Pahang.

Ally sebelum ini pernah bergelar suami kepada Farah atau nama sebenarnya, Nur Farahin Romli pada 20 Januari 2012.

Keduanya berpisah pada 17 Ogos 2016. Namun hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel,5 tahun.

Foto: Instagram Farah Lee/Carian Google

Published by
Rafiq Mazlan