Hiburan

Tak Bertudung Sebab Nak Jadi Diri Sendiri? Ini Teguran PU Riz

Share

Pendakwah selebriti, Haris Ismail tampil menegur sikap segelintir individu yang secara terbuka mempertahankan tindakan mereka yang enggan memakai tudung.

Menurut Haris atau lebih mesra disapa PU Riz, menutup aurat ini merupakan perintah Allah dan ia bukan perkara yang boleh dibuat main atau dikompromi.

“Jarang saya nak comment tapi kalau melampau dan sebut ‘lebih selesa tak bertudung, inilah diri saya yang sebenarnya’.

“Kita manusia tak lari dari kesilapan tapi dalam agama ni ada bahagian yang dipanggil malu dengan dosa dan cuba sebaiknnya taubat apabila tersilap.

“Kata Nabi SAW, setiap umat aku diampunkan kecuali yang terang terangan. Malula kita dengan dosa.

“Sebab yang buat dosa pahala ni bukan pak saudara kita tetapi Allah yang menetapkanNya,” tulisnya.

Teguran tersebut dikongsikan oleh suami kepada selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Malah, PU Riz turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa mendalami ilmu agama agar tidak terlalu mengikutkan hati dan perasaan.

“Kita semua ni pun buat dosa tapi janganlah sampai nafi apa yang disuruh Allah. Ada larangan keras bagi yang mempamerkan dosa-dosa yang dilakukan.

“Belajarlah jangan buat tak tahu. Kita tak hukum sesiapa cuma kita ingatkan sahaja.
Kalau rasa perasaan dan hati jadi sandaran semata semata, memang akan binasa hidup ini

“Syariat Tuhan hadir bagi membimbing manusia,” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan teguran tersebut selain turut berharap agar mentaliti seperti itu dapat diubah.

“Teguran yang lembut tapi makan dalam.

“Alhamdulillah sama-sama saling mengingati. Semoga Allah pelihara pendakwah demi kesejahteraan ummah.

“Pesanan yang baik untuk diri sendiri.

“Betul sangat. Walau sejuta alasan yang kita cipta, tapi alasan itu sebenar hanya untuk kita dan bukan Allah,” antara komen-komen netizen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

Published by
Aizam Manaf