Pelakon yang juga anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz mengakui sukar buat dirinya untuk menolak tawaran berlakon dibawah arahan pengarah berbakat besar seperti Syafiq Yusoff meski pun dia harus membawakan watak sebagai seorang ustazah.
Jelas Azira, dia menyifatkan filem, Penunggang Agama sebagai pengalaman baru buat dirinya sepanjang berkecimpung di dalam dunia lakonan.
“Bila saya dapat tawaran ini, susah untuk saya menolaknya. Lebih-lebih lagi bila Syafiq Yusoff pula yang jadi pengarah. Saya tidak pernah bekerja dengan dia. Oleh kerana itu, saya pastikan yang saya akan berikan yang terbaik.
“Setiap kali saya ditawarkan untu menjayakan sesebuah projek, saya akan baca dulu jalan ceritanya. Bila saya dah baca, saya dapat rasakan ia sesuatu yang baru dan belum pernah saya buat sebelum ini,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, Azira mendedahkan dia juga harus berfikir panjang sebelum menerima watak ini kerana dia juga sedar akan kebolehan yang dimilikinya.
Ads
“Sejujurnya memang saya berfikir panjang sebelum terima tawaran ini. Bila kita nak bawa watak ustazah, sudah tentu semuanya berbalik kepada diri kita semula.
“Walaupun hanya sebagai seorang pelakon yang melakonkan sesuatu watak, saya risau juga akan faktor-faktor lain.
“Tapi bila saya fikir balik, saya yakin kadang-kala kita kena cabar diri untuk keluar dari zon selesa,” kongsinya lagi.
Bintang berusia 29 tahun ini, berkata sedemikian sewaktu ditemui media baru-baru ini.
Ads
Dalam pada itu, Azira turut berterima kasih kepada Syafiq kerana telah banyak memberikannya tunjuk ajar sepanjang menjayakan watak tersebeut
“Di set pengambaran, Syafiq telah sediakan seorang yang arif untuk bantu saya. Dia yang beri tunjuk ajar pasal ayat-ayat Al-Quran yang saya kena baca. Setiap surah yang kita gunakan itu ada maksud yang tersendiri.
“Saya diberi pilihan. Jadi, saya memilih ayat yang selesa untuk saya bawa dalam watak tersebut.
Ads
“Kalau ikut logik akal, bila lakonkan babak seram, kita tak boleh baca ayat tersebut macam mengaji biasa. Perlu ada penghayatan.
“Alhamdulillah, bila saya baca ayat-ayat tersebut ada orang yang akan betulkan bacaan dan sebutan saya. Kalau salah, saya akan buat semula. Saya juga confirkan dengan dia banyak kali,” akhirinya.
Filem Penunggang Agama sudah mula boleh ditonton secara langganan menerusi saluran Astro First.
Selain Azira, filem ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat yang lain antaranya Zul Ariffin, Nasir Bilal Khan, Salina Saibi, Datuk Jalaludin Hassan dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi kumpulan Floor 88, Ayie tiba-tiba rebah dan pengsan ketika menyanyikan lagu Aqilah di Konsert Gempak NEGERI fm, malam tadi.
Perkara itu dikongsikan menerusi Instagram rasmi Floor 88 ketika mengadakan konsert di padang awam Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu bersempena meraikan Hari Keputeraan Ke-72 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
“Kami Floor 88 ingin memohon maaf kerana tidak dapat meneruskan persembahan di Konsert Gempak NEGERI fm.
“Kami akan kongsi perkembangan penuh keadaan kesihatan Ayie. Terima kasih pada yang hadir dan tidak putus mendoakan kesihatan Ayie,”tulisnya.
Penyanyi Siti Nordiana menjelaskan mengenai perkongsian yang pernah dilakukannya sebelum ini berkenaan hubungan rapat yang pernah terjalin bersama bekas rakan duetnya, Allahyarham Achik Spin.
Menurut Siti Nordiana atau Nana, dia tidak berniat untuk kembali membuka cerita lama.
Sebaliknya, penyanyi lagu Amaran itu hanya menjawab soalan yang ditanya oleh penyampai radio ketika memenuhi undangan ke konti, baru-baru ini.
“Sebenarnya, ceria tentang arwah Achik tu… sebab ada orang bertanya. Menurut soalan itu, mereka kata betul ke saya pernah bercinta dengan Achik. Tapi, kisah ini bukanlah sesuatu yang baru.
“Sebab saya sendiri pernah kongsinya dalam autobiografi saya yang saya lancarkan sekitar lapan tahun lalu. Cinta monyet je, bukan betul sangat pun,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Nana tidak menafikan arwah merupakan rakan duet yang paling serasi dengannya.
“Bagi saya, jenama Achik dan Nana tu macam sudah sinonim dengan penggemar dan peminat.
“Percubaan duet dengan rakan artis lain bukannya tak berjaya, cuma tidaklah sebanyak rakaman lagu duet dengan arwah Achik.
“Kadang-kala rindu juga (dengan Achik). Sebab saya sempat rakam dua buah album duet dengan arwah. Suara dia tu yang mahal. Merdu ada, lunak pun ada,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak nekad melakukan penghijrahan pada lima tahun lalu, pada ulangtahun kelahiranya yang ke-38, pelakon cantik manis dan bertubuh kecil molek, Wan Sharmila yang lebih...