Pelakon yang juga anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz mengakui sukar buat dirinya untuk menolak tawaran berlakon dibawah arahan pengarah berbakat besar seperti Syafiq Yusoff meski pun dia harus membawakan watak sebagai seorang ustazah.

Jelas Azira, dia menyifatkan filem, Penunggang Agama sebagai pengalaman baru buat dirinya sepanjang berkecimpung di dalam dunia lakonan.

“Bila saya dapat tawaran ini, susah untuk saya menolaknya. Lebih-lebih lagi bila Syafiq Yusoff pula yang jadi pengarah. Saya tidak pernah bekerja dengan dia. Oleh kerana itu, saya pastikan yang saya akan berikan yang terbaik.

“Setiap kali saya ditawarkan untu menjayakan sesebuah projek, saya akan baca dulu jalan ceritanya. Bila saya dah baca, saya dapat rasakan ia sesuatu yang baru dan belum pernah saya buat sebelum ini,” katanya kepada MH.

“Tak Boleh Baca Macam Mengaji Biasa,” – Azira Shafinaz Cabar Diri Bawa Watak Ustazah

Bagaimanapun, Azira mendedahkan dia juga harus berfikir panjang sebelum menerima watak ini kerana dia juga sedar akan kebolehan yang dimilikinya.

IKLAN

“Sejujurnya memang saya berfikir panjang sebelum terima tawaran ini. Bila kita nak bawa watak ustazah, sudah tentu semuanya berbalik kepada diri kita semula.

“Walaupun hanya sebagai seorang pelakon yang melakonkan sesuatu watak, saya risau juga akan faktor-faktor lain.

“Tapi bila saya fikir balik, saya yakin kadang-kala kita kena cabar diri untuk keluar dari zon selesa,” kongsinya lagi.

Bintang berusia 29 tahun ini, berkata sedemikian sewaktu ditemui media baru-baru ini.

IKLAN

“Tak Boleh Baca Macam Mengaji Biasa,” – Azira Shafinaz Cabar Diri Bawa Watak Ustazah

“Tak Boleh Baca Macam Mengaji Biasa,” – Azira Shafinaz Cabar Diri Bawa Watak UstazahDalam pada itu, Azira turut berterima kasih kepada Syafiq kerana telah banyak memberikannya tunjuk ajar sepanjang menjayakan watak tersebeut

“Di set pengambaran, Syafiq telah sediakan seorang yang arif untuk bantu saya. Dia yang beri tunjuk ajar pasal ayat-ayat Al-Quran yang saya kena baca. Setiap surah yang kita gunakan itu ada maksud yang tersendiri.

“Saya diberi pilihan. Jadi, saya memilih ayat yang selesa untuk saya bawa dalam watak tersebut.

IKLAN

“Kalau ikut logik akal, bila lakonkan babak seram, kita tak boleh baca ayat tersebut macam mengaji biasa. Perlu ada penghayatan.

“Alhamdulillah, bila saya baca ayat-ayat tersebut ada orang yang akan betulkan bacaan dan sebutan saya. Kalau salah, saya akan buat semula. Saya juga confirkan dengan dia banyak kali,” akhirinya.

“Tak Boleh Baca Macam Mengaji Biasa,” – Azira Shafinaz Cabar Diri Bawa Watak Ustazah

Filem Penunggang Agama sudah mula boleh ditonton secara langganan menerusi saluran Astro First.

Selain Azira, filem ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat yang lain antaranya Zul Ariffin, Nasir Bilal Khan, Salina Saibi, Datuk Jalaludin Hassan dan ramai lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI