Baru sahaja berita mengenai perceraiannya tersebar luas, Britney Spears seolah-olah tidak terkesan dek berita tersebut dan menikmati kehidupannya dengan penuh riang.
Terbaharu selepas suaminya Sam Asghari memfailkan perceraian, Britney dalam hantaran terkini di Instagram menyatakan keinginannya untuk membeli kuda.
“Saya akan membeli kuda tidak lama lagi! Terlalu banyak, agak sukar membuat pilihan! Seekor kuda bernama Sophie dan seekor lagi bernama Roar? Saya tidak boleh membuat keputusan,” kongsinya dalam hantaran.
Menjelaskan lagi mengenai keputusannya untuk membeli seekor kuda, ibu kepada dua cahaya mata ini menyatakan pilihannya, “Patutkah saya menyertai kemesraan dan memakai topi koboi merah jambu? Walau apa pun, saya rasa saya telah menemui titik manis saya dengan Roar!”
Dalam hantaran tersebut, bintang pop terkenal itu dilihat cukup ceria menunggang seekor kuda berwarna coklat sambil tersenyum manis.
Dia menggayakan celana pendek rona hitam berserta bikini top rona kuning bercorak genggang. Melengkapkan lagi penampilannya ‘ala cowboy’ dia mengenakan topi besar dan kaca mata hitam.
ARTIKEL BERKAITAN: Baru 14 Bulan Berkahwin, Britney Spears Akhirnya Berpisah Dengan Suami
Hantaran tersebut sehingga kini menerima lebih 240 ribu tanda suka. Walau bagaimanapun, ruangan komen telah ditutup oleh pelantun lagu Baby One More Time itu.
Kelmarin heboh berita mengenai hubungannya dengan suami, Sam Asghari yang hanya bertahan selama 14 bulan. Sam yang berusia 29 tahun merupakan seorang jurulatih kecergasan, model dan juga pelakon.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan