Pelakon Idzham Ismail memilih untuk tidak lagi berkongsi sebarang penjelasan berhubung hantaran yang dimuat naiknya menerusi Instagram Story, baru-baru ini.
Idzham atau nama sebenarnya, Muhammed Idzham Ismail, 36 cuma mohon doa yang terbaik buat kedua-dua cahaya matanya, Nur Sofea Inara, 7 dan Muhammad Idrus, 4 tahun.
“Untuk setiap pertanyaan tentang kandungan story IG saya tu, saya tak boleh cerita detail.
“Masih dalam proses. Cuma saya minta doakan terbaik buat anak-anak saya, insya-Allah,” tulisnya.
Terdahulu, perkongsian foto Idzham menerusi platform sama yang dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di Klang, Selangor menimbulkan tanda tanya.
Memetik laporan media, Idzham hanya meminta semua pihak mendoakan yang terbaik buatnya dan keluarga.
“Saya tak tahu nak komen apa. Segalanya masih dalam proses. Harap doakan yang baik-baik.
“Apa yang penting bagi saya adalah anak-anak,” katanya.
Malah Idzham turut memberitahu, semua keputusan dibuat selepas ini adalah demi kebaikan dua anaknya.
“Segala keputusan saya amat pentingkan anak-anak supaya mereka tidak terkesan dengan keputusan kami. Risaukan anak-anak untuk jangka masa panjang,” katanya lagi.
Untk rekod, Idzham mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Abilah Shamsudin pada Ogos 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini