“Tak Boleh Makan Walau Sesuap & Tak Boleh Minum Walau Seteguk,”- Nonny Nadirah Masuk Hospital Kenapa?

Share

Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah dilaporkan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital kerana mengalami masaah kesihatan.

Meskipun tidak diberi tahu tentang penyakit yang dialami secara terperinci, Nonny menjelaskan keadaannya kini tidak berapa baik apabila dia tidak boleh makan dan minum sepanjang tiga hari ini.

Perkara tersebut telah dikongsikan Nonny menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.

“Selamat pagi. Mulakan hari anda dengan bismillah dan senyuman, benda-benda positif dan sentiasa berprasangka baik dengan InsyaAllah. Semua yang baik akan datang kepada anda.

“Boleh cerita sikit tentang perasaan anda, macam mana rasanya tidak dapat makan walau sesuap dan tak dapat minum walau seteguk air. Bukan sehari tapi tiga hari, tulisnya.

Dalam pada itu, bekas peserta Akedemi Fantasia itu turut memberi tahu, supaya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan.

“Jangan terlalu bangga dengan apa yang kita ada sekarang. Dia boleh tarik anytime. Reseki itu luas. Kita dapat bernafas sampai harini pum sudah dikira rezeki,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan semoga Nonny segera sembuh dah dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Allahu, semoga Nonny sentiasa kuat dan diberi sembuh dengan segera! Amin.

Foto: Instagram Nonny Nadirah

Published by
Aizam Manaf