“Saya memang pakai seksi pun, orang sahaja yang tidak tahu.” Itu kata usahawan sensasi Nur Sajat apabila ditanya mengenai penampilan terkininya di media sosial yang didakwa lebih daring berbanding sebelum ini.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu menjelaskan apa yang ditonjolkan terutamanya baju yang menampakkan sebahagian dada bukanlah demi meraih kontroversi atau kecaman semata-mata.

Sebaliknya, ada wanita dalam kalangan pengikutnya yang mulai berani bertanya mengenai rutin serta penjagaan kecantikan diri.

“Memang banyak koleksi baju sedemikian, cuma saya tidak pakai dan muat naik di media sosial sahaja. Jadi bila saya pakai, itu yang orang perkatakan.

“Tapi saya harap mereka di luar sana ambil apa yang baik sahajalah. Anda sudah boleh beza baik dan buruk, jadi pilihan terletak pada masing-masing.

“Sejujurnya bila saya berkongsi mengenai penampilan saya yang sedemikian juga, ada di antara wanita yang mesej, bertanya mengenai apakah cara terbaik untuk mencantikkan bahagian tersebut.

IKLAN

“Sebab kita tidak boleh menafikan, aset itu penting bagi wanita. Tak kisahlah sama ada mereka mahu mencantik, membesarkan dan sebagainya selagi tidak memudaratkan diri.

“Sebab saya percaya, kita semua mahu berhias dan tampak lebih cantik demi kebahagiaan. Semua orang mahu nampak cantik dan menawan,” katanya kepada MH.

Sajat pada masa sama turut menjelaskan, jawapan yang diberikannya juga mengikut situasi yang mengadu.

“Macam saya, hanya berkongsi apabila ada tanya apa yang saya buat kerana mereka mempunyai masalah dalam rumah tangga dan sebagainya.

IKLAN

“Saya ada berikan nasihat berdasarkan situasi yang dialami mereka. Bukan main hentam saja. Lihatlah ia daripada sudut positif. Sampai bila nak rasa malu atau nak sorokkan hal tersebut.

“Saya tidak tujukan kepada sesiapa, tetapi secara umum dalam kalangan mereka yang bertanya dan saya cuba berikan jawapan terbaik.

“Memang ramai yang tanya, cuma perkara tersebut tidak terlalu didedahkan. Saya cuba memotivasi,” katanya lagi.

Tidak mahu terlalu memikirkan mengenai kecaman yang diterima, Sajat memilih untuk bersikap positif.

IKLAN

“Tambahan pula, kalau ada yang mengecam, saya hanya jadi diri sendiri dan tidak pernah mengganggu sesiapa.

“Saya masih single dan bebas nak pakai apa sahaja. Tiada apa-apa komitmen dengan sesiapa.

“Malah, mereka yang bersama saya pun tidak berkata apa-apa. Saya bukan pakai macam tu dekat luar pun. Pakai hanya dalam rumah saja,” akuinya lagi.

Dalam perkembangan lain, Sajat baru sahaja mengeluarkan suplement terbaik yang membantu mencerahkan kulit dan ia turut diperkaya dengan vitamin.

Foto: Instagram Sajat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI