Categories: Berita

“Tak Boleh Nak Bayangkan…,” – Fedtri Yahya Angkat Kisah Anak 4 Tahun Hilang Jam 4.00 Pagi, 13 Tahun Dulu

Share

Nur Farahain, hilang sejak 22 Ogos 2006 ketika berusia empat tahun, membangkitkan kerinduan yang tidak pernah padam.

Menerusi perkongsian Fedtri Yahya, Anita Taiban iaitu ibu kepada Ain memohon agar anaknya pulang ke pangkuan keluarga sekiranya melihat tayangan ini di kaca televisyen.

Menurut Anita, dia menyedari Ain hilang sekitar jam 4.00 pagi sewaktu bangun untuk menyediakan nasi lemak. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, namun sehingga kini, tidak berhasil.

“Ain, kalau Ain tengok ni. Ain rasa ini mak Ain. Ain cari mak. Mak rindukan Ain. Kami semua rindukan Ain. Mak ingat lagi Ain. Mak ingat sangat Ain. Ayah ingat, abang ingat, kakak ingat.

“Bila Ain tengok tv ni, Ain rasa-rasa ni mak Ain. Ain cari mak ya. Mak kat Kuala Selangor. Akak bawa sampai ke mati, minta-minta jumpa Ain dekat sana esok.

“Melegakan sikit, apabila dah 14 tahun. Dia dah ada akal. Dia dah cerdik, kalau orang nak buat apa-apa dia dah pandai.

“Tak pernah crita dalam hati selalu fikir begitu. Tak boleh bayangkan macam mana rasa hilang anak.

“Biasa akak bangun pagi pukul 4.00 nak masak nasi lemak. Pagi tu sedar, selalunya tidur tak lelap sangat. Tapi pagi tu lelap sangat.

“Bangun je tengok Ain tak ada dekat sebelah. Akak pun bangun. Kejutkan suami, anak. Cari-cari tak ada.

“Masa tu pintu dapur renggang sedikit. Tak ada bekas kopak-kopak, tapi renggang. Bagitau jiran semua.

“Malam tu macam lain sikit. Saya goreng ayam, tengok dia ambil, sorok-sorok makan tepi peti ais.

“Usik dia, Ain makan ayam mak ya.  Lepas tu dia diam dan makan je. Itu yang Nampak lain sikit malam tu.

“Dulu-dulu pun cuba cari dekat sini dekat situ. Kita tak boleh nak pasti, nak percaya. Kejap orang kata kat sana, kejap dekat sini. Cuma sekarang acik redha mana dia ada pun.

“Tapi acik yakin dalam hati, dia hidup lagi,” luahnya sambil menangis.

“Ya Allah temukan mereka. Rindu yang begitu menghukum rasa. NUR FARAH AIN… moga ada kekuatan naluri untuk pulang ke pangkuan ibu walau lebih sedekad hilang tanpa berita. .

“Ain hilang dalam rumah pada waktu sebelum subuh tahun 2006 ketika usianya empat tahun. Malam sebelum itu, Ain begitu selera makan ayam goreng mak… seperti benar, menjamah hidangan terakhir.”

Semoga keberkatan doa di bulan Ramadan ini dapat menemukan Ain dengan keluarga yang terpisah sejak sekian lama.

Foto : Instagram Fedtri Yahya

Published by
Noraini Abd Wahab