Penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman ada memberikan responnya terhadap persoalan yang diajukan seorang individu mengenai apakah hukum mengganggu rumah tangga orang lain di sisi Islam.
Menurut PU Azman, hukum merosakkan rumah tangga orang lain adalah haram dan individu yang melakukan perkara tersebut hendaklah bermuhasabah diri terhadap perbuatannya itu.
Peserta program Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Sham Visa meminta para peminat supaya tidak terkilan dengan komen yang diberikan ketua juri, Datuk Ramli MS sejurus penyanyi berkenaan selesai membuat persembahan di minggu kedua, Ahad lalu.
Menyampaikan lagu sendiri bersama kumpulan Visa berjudul Untukmu Selamanya, Ramli membayangkan penyanyi berusia 48 tahun itu perlu lebih ‘manly’.
Juri yang sinonim disapa Tok Ram itu lebih gemar andai imej yang dibawa lebih kepada ‘rockers’.
“Saya harap peminat tak terkilan. Saya terima apa sahaja komen yang membina.
“Mungkin ada sesuatu yang Tok Ram mahu saya lakukan, sama ada kepada lagu atau gaya tubuh. Mungkin juga kerana tak cukup energi seperti yang dimahukan… Saya pun bukan orang muda.
“Tak rasa itu satu penghinaan, sebagai seorang penyanyi saya perlu tengok apa yang kurang, mungkin ada betulnya juga dan seterusnya perbaiki diri. Saya tak ambil hati,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, bapa kepada dua cahaya mata ini juga bersikap positif dan cuba perbaiki persembahan andai ada terkurang.
“Saya pun perlu belajar dari juri profesional, ia satu kritikan yang membina. Saya terima sebab juri melihat persembahan saya, saya yang mempersembahkan sesuatu.
“Mungkin baginya ada ‘asam dan garam’ yang tak cukup,” akui Sham optimis.
Berkongsi mengenai lagu yang bakal dipersembahkan minggu hadapan, Sham memberitahu lagu Sayang-Sayang (nyanyian asal Aliff Aziz) adalah sesuatu yang agak asing bagi dirinya.
“Sebagai seorang penyanyi, tanggungjawab seorang penyanyi adalah memberi keadilan kepada sesebuah lagu.
“Pastikan kita boleh sampaikan jiwa lagu itu. Itu yang saya percaya walau apa sahaja ‘baju baru’ yang dikenakan kepada sesebuah lagu.
“Saya pernah dengar tapi saya belum pernah nyanyikan lagu Sayang-Sayang. Sebelum tidur, cuba untuk telaah lagu tersebut, cuba sampaikan dengan baik insyaAllah,” harapnya.
Ditanya sama ada teguran juri minggu lalu membuatkan dirinya rasa takut, Sham punya jawapan sendiri.
“Ia di luar bidang kuasa saya. Cuma apa yang boleh saya lakukan ialah jadi diri sendiri dan cuba untuk sampaikan lagu tersebut tidak seperti penyanyi asalnya.
“Sebab itulah temanya ‘Aneh’ dan ia memang aneh buat diri saya. Saya sangat terbuka dan memang perlu dengan orang yang lebih muda,” katanya.
GV6 bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam menerusi Astro Ria 104 dan Ria HD 123.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Azmi Saat mendedahkan dia seakan masih lagi tidak percaya yang dirinya kini telah pun bergelar seorang bapa selepas hampir sepuluh tahun dia dan isteri bersabar untuk menantikan kehadiran cahaya mata sulung.
Menurut Azmi, walau apa pun kejayaan yang pernah diraihnya sebelum ini, perasaannya itu tidak akan pernah sama saat dia mendakap cahaya matanya itu buat pertama kalinya.
“Apa pun anugerah atau kejayaan yang pernah saya terima sebelum ini tidaklah terlalu menyentuh hati. Itu hanyalah sekadar warna yang indah dalam kehidupan saya.
“Namun, pengalaman semalam benar-benar luar biasa. Takkan mungkin saya lupakan.
“Airmata kesyukuran meluncur keluar saat kali pertama mendengar suara Afnan yang baru sahaja dikeluarkan dari perut ibunya,” tulisnya.
Vokalis kumpulan Caliph Buskers itu berkata sedemikian menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Menerusi entri yang sama, Azmi turut berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya sedang mengazankan bayinya yang telah pun diberikan nama Afnan itu.
Dikesempatan itu juga, Azmi turut menitipkan doa semoga anaknya itu membesar menjadi anak yang soleh dan mencontohi sikap Rasulullah SAW.
“Saya dapat sentuh Afnan dalam keadaan badannya masih basah melekit. Ya Allah, terima kasih atas anugerah ini.
“Moga Afnan membesar menjadi anak yang soleh. Sentiasa menghambakan diri pada Allah, menyangi dan mencintai Rasulullah, sentiasa dalam kebaikan di Dunia dan Akhirat. Amin Ya Allah.
“Terima kasih Nazira Muhammad. Terima kasih OHANA Specialist Hospital. Terima kasih semua yang mendoakan,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Azmi dan isteri.
“Tahniah, semoga Afnan jadi pelengkap rumah tangga. Menjadi lelaki yang soleh yang menjaga ibu dan ayah.
“Syahdu je akak tengok. Alhamdulillah, jaga Afnan dan Nazira baik-baik. Selamat berpantang.
“Alhamdulillah, tahniah Azmi dan beloved wife.
“Alhamdulillah, anugerah terindah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Terdahulu, isteri kepada Azmi, Naziah Muhammad telah pun selamat melahirkan cahaya mata pertamanya itu pada tanggal 27 September lalu.
Sekadar informasi, Azmi dan Naziah yang juga merupakan pasangan cacat penglihatan atau orang kelainan upaya (OKU) ini telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada 2011.
Sumber: Instagram Azmi Saat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan memaklumkan dia telah berdamai dengan bekas menantu, Shikin Maembong.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Chef Wan berkata dia enggan memanjangkan lagi ‘persengketaan’ mereka sebaliknya mengambil keputusan untuk berbaik demi cucunya, Arianna yang merupakan anak tunggal Shikin bersama bekas suaminya, Chef Riz.
“Sungguh manis melihat kedua-dua cucu perempuan saya berbaju kurung dan kebaya.
“Air dicincang tidak akan putus. Sebagai orang dewasa, kedua-dua kami turut melakukan kesilapan.
“Jadi, kami mengambil keputusan untuk melupakan segala yang berlaku.
“Memaafkan di antara satu sama lain dan belajar daripada kesilapan kami serta berubah ke arah kehidupan yang lebih bahagia.
“Sebagai seorang datuk, saya akan sentiasa ada dan cuba melakukan yang terbaik buat cucu-cucu, menantu mahupun bekas menantu. Itu janji saya. Insyallah, Alhamdulillah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menurut Chef Wan lagi, dia tidak pernah menyimpan dendam terhadap Shikin yang merupakan kakak kepada aktres Emma dan Chacha Maembong.
“Nak simpan marah, membenci dan berdendam pun tak kan ke mana. Lagipun saya tidak pernah pun ada rasa begitu terhadap Shikin pun.
“Duit saman menyaman ni akan kayakan peguam-peguam sahaja serta membuang masa kita sahaja masing-masing pun.
“Baik lagi duit itu saya peruntukan untuk urusan membesar, kebajikan dan pelajaran Arianna di masa hadapan,” tulisnya lagi.
Shikin kemudian menitipkan komen betapa dia dan Arianna sangat menyayangi Chef Wan.
“Me and Arianna love you so much,” tulis Shikin.
Terdahulu, media melaporkan persengketaan timbul di antara mereka susulan teguran terbuka Chef Wan terhadap Shikin melibatkan permasalahannya dengan bekas suami pada ketika itu.
Disebabkan teguran tersebut, Shikin kemudiannya bertindak menghantar surat saman malu terhadap bekas bapa mentuanya itu.
Sekadar info, Shikin mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz pada 5 Disember 2014 namun jodoh tidak berpanjangan apabila mereka disahkan bercerai pada Jun 2016.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Arianna Natasya yang kini berusia tujuh tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dalam usaha mengangkat seni tari Malaysia, Stephy Dance Group (SDG) menjalinkan kerjasama strategik dengan VIBES International Agency (VIBES).
Pengasas SDG, Datuk Stephanie Low berkata menerusi...