“Tak Boleh Nak Bersayang-Sayang Dan Peluk Bini Orang Kecuali…,” – Padu Nasihat PU Azman, Kongsi Hukum Ganggu Rumah Tangga Orang

Share

Penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman ada memberikan responnya terhadap persoalan yang diajukan seorang individu mengenai apakah hukum mengganggu rumah tangga orang lain di sisi Islam.

Menurut PU Azman, hukum merosakkan rumah tangga orang lain adalah haram dan individu yang melakukan perkara tersebut hendaklah bermuhasabah diri terhadap perbuatannya itu.

“Haram merosakkan rumah tangga orang lain. Si perempuan tu pun mesti muhasabah.

“Banyak-banyak umpan, Isi kerang yang kau dapat, Ramai-ramai perempuan,

Bini orang kau rembat,” tulisnya dengan menyelitkan pantun empat kerat.

Tambahnya lagi, nasihat tersebut bukanlah hanya ingin ditujukan buat para netizen semata, malahan sebagai peringatan untuk dirinya juga.

“Pesanan untuk Cik Man dan netizen.

“Tak boleh nak bersayang-sayang dan peluk bini orang.

“Kecuali bini abah kau,” kongsinya lagi.

Respon tersebut dikongsikan PU Azman atau lebih mesra disapa Cik Man menerusi entri di akaun Instagram miliknya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju selain turut terhibur dengan unsur humor di dalam perkongsiannya.

Sumber: Instagram PU Azman

Published by
Aizam Manaf