“Tak Boleh Tengok I Ni Nak Buat Kerja,”- Siti Sarah Kena Sakat Dengan Suami, Ramai Terhibur!

Share

Gelagat penyanyi Siti Sarah dan suaminya, Shuib sering menjadi perhatian peminat di laman media sosial apabila pasangan ini sering bergurau dan menyakat sesama mereka.

Baru-baru ini, Sarah ada memuat naik satu rakaman video menerusi akaun Instagram miliknya.

Rakaman video tersebut menyaksikan Shuib mengusik Sarah yang sedang sibuk berkerja.

“Itulah perangainya tak boleh tengok i ni nk buat kerja mesti nak kacau.

“Siapa yg suami dia macam ni?

@shuibsepahtu #gurausendasuamiisteri,” tulisnya.

Lantas, rakaman video tersebut telah menjadi perhatian netizen.

Rata-rata dari mereka rasa terhibur melihat gelagat mereka yang sangat kelakar dan menghiburkan.

Video : Instagram Siti Sarah

Published by
Nazar Rafiqhi