Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan di seluruh negara, pelbagai aktiviti yang dikongsi oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza seperti menyanyi secara ‘Live’ di akaun Instagram miliknya.
Terbaru, Datuk Siti Nurhaliza atau sinonim dengan panggilan Tok Ti telah membuat satu akaun di aplikasi Tik Tok yang kini semakin menjadi trending di media sosial.
“Comelnya nama Tok Ti punya tiktok,” tulis peminat.
Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja untuk menonton gelagat penyanyi lagu Anta Permana di aplikasi tersebut.
Pelakon veteran, Datin Fadilah Mansor mendedahkan ada pihak yang cuba mengetuk pintu hatinya untuk kembali mendirikan rumah tangga selepas pemergian suaminya yang juga penyanyi legenda, Allahyarham Datuk A. Rahman Hassan.
Menurut Fadilah, dia tidak akan sesekali menolak takdir Allah SWT namun fokusnya kini hanya tertumpu kepada kerjaya dan keluarga.
“Nak cakap fasal pengganti, memang ada yang cuba datang. Namun, saya hanya berserah kepada Allah. Saya tidak cakap ya dan tidak. Saya juga tak mencari.
“Kalau Allah sudah jodohkan bersama orang-orang tertentu, kita terima dengan hati terbuka.
“Bagi pihak anak-anak pula, mereka suka sahaja. Asalkan mama dia gembira untuk menghabiskan hujung-hujung usia ini,” katanya kepada MH.
Masih tampil jelita pada usia 65 tahun, Fadilah memaklumkan dirinya tidak meletakkan sebarang syarat atau kritiria untuk pasangan hidupnya.
“Kalau ada yang kata saya masih cantik, Allahamdulillah. Semoga Allah tidak menyesatkan hati saya. Nak kata tua pun tidak, muda pun tidak. Mungkin dalam umur lingkungan saya juga.
“Tak kisahlah macam mana pun orangnya. Dekat atau jauh. Nak kata pintu hati ini terbuka luas pun tak juga. Saya santai sahaja,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, pelakon drama Bukan Sekadar Lafaz ini turut tidak menolak andai dirinya dijodohkan dengan bakal suami daripada kalangan penggiat seni.
“Orang industri juga manusia. Kita kena terima dengan hati yang terbuka. Kalau hati kata tak nak, tak jadi juga. Saya terima sesiapa sahaja seadanya kalau hati dah suka,” akhirinya.
Terdahulu, A. Rahman meninggal dunia di Hospital Ampang akibat strok dan pendarahan pada bahagian otak pada jam 12.40 tengah malam pada 13 Jun 2019.
Allahyarham berkahwin dengan Fadilah pada 25 Disember 2014.
Sebelum berkahwin dengan A. Rahman, Fadilah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Allahyarham Mat London namum bercerai pada 2012.
Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Alia dan Faeesal Asuwat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Elfira Loy ada berkongsi sepotong video yang memaparkan dia sedang menikmati sebatang aiskrim.
Difahamkan, video tersebut dilakukan Elfira bagi mempromosikan perisa aiskrim kegemarannya itu.
Bagaimanapun, ada netizen yang beranggapan bahawa gaya pelakon filem rentap itu dianggap ‘over’ ketika sedang menikmati hidangan sejuk terbabit.
“Best gila busy dengan kerja , you can take a moment and enjoy your favorite #NestleIceCream. As you all know , my favorite is lycheeeeee. Memang susah nak dapat sekarang sebab cepat habis..
“Korang yang belum try boleh cari kedai-kedai yang berdekatan. You can get not just lychee but grape flavours too,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen pula, netizen telah memberikan komen berbaur lucah apabila melihat gaya dan cara Elfira menikmati aiskrim berperisa laici itu.
Aduhai, ada sahaja netizen yang berfikiran sebegitu. Walhal, bintang yang baru tiga bulan bergelar isteri itu hanya menikmati aiskrim kegemarannya itu dengan penuh persaan sahaja.
Video : Instagram Elfira Loy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...