“Tak Cukup Tisu Sekotak…,” – Banyak Pengajaran, Telemovie Adik Kakak Buat Penonton Meleleh Air Mata

Share

Semalam telah pun bersiaran tayangan tele-movie, Adik Kakak yang menampil gandingan pelakon senior adik beradik, Fauziah Ahmad Daud dan Fazlina Ahmad Daud selaku tunjang utama.

Telemovie yang diarahkan oleh Kyoll Hamzah ini menceritakan mengenai pengorbanan besar Hanum, 45 (Fazlina) yang sanggup menjaga kakaknya Azizah, 52 (Fauziah) yang dilahirkan dengan masalah ID (Intellectual Disorder) peringkat ‘moderate’.

Lakonan mantap yang ditunjukkan oleh Fauziah dan Fazlina nyata meruntun hati para penonton.

Menerusi perkongsian di Instagram stories, Fazlina merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menonton dan menunjuk sokongan terhadap telemovie tersebut.

Menurut Fazlina, ke semua pelakon telah pun memberikan kualiti lakonan yang terbaik demi menjayakan telemovie ini.

“Terima kasih kerana menonton telemovie, Adik Kakak. Yang baik datang daripada Allah, yang kurang dari kelemahan kami sendiri.

“Terima kasih untuk sokongan dan rasa cinta yang telah diberikan.

“Sayang Adik Kakak sampai syurga. Goodnight,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi entri berasingan, pelakon, Nia Natalia mengakui amat berbesar hati selepas diberikan kepercayaan untuk turut sama membintangi telemovie ini bersama pelakon-pelakon ternama yang lain.

Katanya lagi, dia juga sebenarnya sudah lama menyimpan hasrat untuk berlakon bersama Fauziah dan Fazlina.

“Salah satu naskah yang sangat berat untuk Lia sebenarnya membawa watak Hanum (adik muda) dalam telemovie ADIK KAKAK.

“Tetapi dengan adanya pelakon-pelakon hebat yang banyak membantu Lia kak @fazlinaahmaddaud @fauziahnawi @kak_ogy @fayekusairi dan sutradara @kyollhamzah_director thank you so much🥺🙏🏻

“Alhamdulillah terima kasih juga @iamshazritz @kal_azhar @switchon.entertainment yang memberi peluang dan merealisasikan impian Lia untuk bekerjasama dengan @kak_ogy @fazlinaahmaddaud @fauziahnawi @hasnulrahmat,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon positif selain turut berharap agar lebih banyak karya-karya seperti ini akan dihasilkan pada masa akan datang.

“Tak cukup tisu sekotak. Mantap lakonan semua.

“Lakonan terbaik daripada Kak Ogy dan semua pelakon.

“Sedih ceritanya. Tengok pun nangis. Terbaik Kak Ogy.

“Tak berganjak. Berkelip mata tengok cerita Adik Kakak. Memang menyentuh jiwa sangat.

“Sedih sangat ceritanya. Semoga jadi pengajaran buat semua untuk jaga hubungan adik beradik dengan baik,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Selain Fazlina dan Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy, telemovie yang ini turut membariskan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Hasnol Rahmat, Fauziah Nawi, Feye Kusyairy, Lia Natalia dan ramai lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Fazlina Ahmad Daud, Lia Natalia, Feye Kusyairy, Hasnol Rahmat & TV3

Published by
Aizam Manaf