Pelakon terkenal, Zul Ariffin akui teruja apabila bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 10 Jun ini untuk menunaikan ibadah haji.
Menurut Zul, dia bakal berangkat sedikit lewat daripada jemaah-jemaah lain kerana ia merupakan jemputan khas.
“Saya akan berangkat menunaikan haji pada 10 Jun ini. Saya tak nervous sebaliknya okay sahaja. Sekarang ini, ada beberapa perkara yang perlu saya ambil tahu antaranya perkara-perkara yang akan dipelajari ketika kursus.
“Sepatutnya, saya sudah pun menjalani kursus tetapi saya terpaksa anjak sebab jadual penggambaran yang agak padat. Jadi, saya kena cepat belajar la nanti.
“Perjalanan pertama jemaah haji telah pun bermula pada 20 May lalu. Namun, saya telah mendapat jemputan untuk turut sama menunaikan haji. Ia bukan melalui Tabung Haji.
“Saya anggap peluang ini sebagai rezeki bila kami telah dijemput untuk menjadi tetamu Allah. Namun, banyak perkara yang harus saya catch up,” katanya kepada MH.
Ads
Zul berkata sedemikian ketika ditemui ketika sesi lawatan media ke set penggambaran filem, Sheriff yang berlangsung di Bandar Malaysia, Sungai Besi pada Isnin.
Katanya lagi, dia akan sedaya upaya mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal sebelum berlepas ke Mekah.
“Kalau ikutkan, saya masih lagi ada komitmen kerja bersama pihak Astro tetapi saya minta anjakkan kerana saya perlu buat persediaan.
“Kalau menunaikan umrah, saya dah punyai pengalaman dan tahu selok-beloknya. Namun, bila melibatkan ibadah haji, kita kena pergi awal untuk persediaan.
Ads
“Dengar khabarnya, keadaan orang di sana pun sangat ramai dan cuaca di sana pun sangat panas. Jadi, saya ada masa kurang dua minggu untuk mempelajari segalanya,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Zul turut menyifatkan jemputan ini sebagai hikmah apabila hajatnya untuk menyambut Ramadan dan Syawal di Mekah tidak kesampaian
“Saya sangat teruja. Namun, saya tak boleh bayangkan lagi lautan manusia di sana nanti macam mana. Selalunya kita tengok di televisyen sahaja. Cuaca pun dikhabarkan mencecah 45 darjah celcius.
“Sepatutnya saya merancang untuk menyambut Ramadan dan Syawal di Tanah Suci tapi tak berkesempatan tapi perancangan Allah itu sangat cantik. Saya dijemput pula tunaikan haji,” akhirinya.
Ads
Terdahulu, Zul bakal membawakan watak sebagai Sherif yang juga merupakan seorang pegawai polis ‘rebel’.
Menerusi filem ini, Zul bakal bergandingan bersama nama-nama besar seperti, Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle dan Azira Shafinaz.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Zul Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira menitipkan ucapan tahniah buat penyanyi Shahir Zawawi yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Shahir sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan primadona filem Melayu itu.
Erra, 48, berkata dia turut gembira apabila mendapat tentang perkhabaran itu dan mendoakan agar ikatan perkahwinan yang bakal dibina Shahir berkekalan hingga ke jannah.
“Alhamdulillah, gembira mendengar perkhabaran tersebut. Apabila mendapat tahu yang dia mahu berkahwin, saya terus hantar mesej dan mengucapkan tahniah. Dia pun tak sorok daripada saya.
“Tambahan pula, saya rasa dia dah sangat bersedia untuk bergelar suami. Jadi, saya berharap agar perkahwinan tersebut bakal menjadi perkahwinan pertama dan terakhir buatnya, dan berkekalan hingga ke jannah,” katanya kepada MH.
Sementara itu ketika ditanya mengenai status terkininya, Erra berkata dia masih solo dan tenang menjalani kehidupan bersama anak tunggalnya, Engku Aleesya.
“Nak mencari jodoh bukannya mudah, tanya diri sendiri perlu ke jodoh… kalau jodoh membuat hidup kita tak tenang, so what’s the point?
“Setakat ini, saya okay dengan keadaan begini, lebih tenang… saya boleh lebih beri fokus terhadap kerja dan bisnes,” katanya lagi.
Erra sebelum ini pernah mendirikan dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Oktober 2007 namun disahkan bercerai pada 2014.
Hasil perkahwinan, Erra dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 13 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berasa terharu dan sebak, itulah yang dirasai pelakon dan hos, Fouziah Gous apabila melihat rakaman video yang dikongsi oleh suaminya saat di tanah suci Mekah.
Fouziah atau nama sebenarnya, Nor Fouziah Mohd Gous meluahkan rasa terharu dan sebak bersama pengikutnya di laman Instagram miliknya.
“Sorry sayang I know video ini untuk family. Tapi I nak juga share dengan my beloved followers and one for my album . Antara berpuluh2 video Dari suami, ini membuat hati saya sebak.
“How lucky u are sayang. Duduk dekat Raudhah lebih sejam, dapat baca Quran, doa Dan solat.
“Syukur atas rezeki besar ini.. hebat rancangan Allah untuk mu, baca Quran Di Raudhah Di hari Nuzul Quran.
“I jarang nak share semua video yg ada, tapi ini khas untuk anda yg Tak pernah tengok Raudhah dan juga Di mana tempat Bilal. Sebab saya pun tak pernah lagi tengok dimana tempat Bilal .. masyaAllah … @zhafyusof#madinah #masjidnabawi”tulisnya.
Anak kepada usahawan Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B mededahkan sikap sebenar ibunya ketika sedang membeli-belah.
Perkara itu dikongsi Cik B atau nama penuhnya Nur Edlynn Zamilleen ketika ditemui bual menerusi radio Hot.fm dalam segmen Geng pagi Hot bersama Shuib dan Syuk.
“Kalau shopping dengan Mama ambil masa selama lebih dua jam dalam satu kedai itu sahaja.
“Mama akan tengok dan tanya pendapat saya dulu, kalau saya cakap tak cantik, mama tetap akan beli juga.
“Mama shopping terlalu lama dan saya kena tunggu dia, sehingga saya nak shopping barang saya pun kedai pun dah tutup,” kongsi Cik B.
Tular di media sosial baru-baru ini apabila pakaian yang digayakan remaja berusia 14 tahun itu bernilai lebih RM30,000 dari atas sehingga bawah.
“Masa shopping ketika itu (pakaian streetwear bernilai lebih RM30,000) saya ajak Mama pergi shopping sekali, tetapi saya guna duit hasil perniagaan saya,” kongsinya jujur.
Mempunyai setengah juta pengikut di Instagram, Cik B turut menerima pelbagai respon dan reaksi dari netizen mengenai cara hidupnya.
“Kalau ada yang kecam di ruangan komen media sosial, saya anggap itu sekadar gurauan, tetapi sekiranya ia melibatkan Mama dan keluarga, saya rasa macam nak tumbuk-tumbuk muka orang yang komen itu.
“Saya akan simpan dalam hati atau saya akan blocked dia,” tegas Cik B.
Ikuti temu bual penuh menerusi video di bawah;
Video : Hot TV
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Wakil Filipina, Alexie Brooks, berjaya mengharumkan nama negaranya apabila dinobatkan sebagai Miss Eco International 2025 dalam acara gilang-gemilang yang berlangsung di AlZahraa Ballroom, Hilton...