Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz berharap agar pihak berkuasa dapat memberikan hukuman yang tegas buat mana-mana pihak yang pernah didapati bersalah dan mempunyai rekod jenayah melibatkan sebarang aktiviti penipuan.
Menurut Aaron, mereka yang pernah terlibat dalam aktiviti penipuan ini tidak sepatutnya diberikan peluang untuk kembali memulakan apa sahaja jenis perniagaan sehingga mereka dapat membuktikan diri mereka sudah benar-benar insaf.
View this post on Instagram
“Saya harap mahkamah akan blacklist sepenuh hidup orang-orang yang pernah ada rekod jenayah scam daripada membuat apa sahaja perniagaan,” katanya.
Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Ombak Rindu itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Katanya lagi, insiden seperti ini hanya akan menganiaya invidu lain yang berusaha untuk mencaru rezeki buat keluarga.
“Kesian orang-orang susah yang sudah kerugian dan tak dapat beraya dengan sempurna sebab duit semua kena songlap. Astagfirullahalazim,” kongsinya lagi.
Malah, Aaron turut mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa penipuan satu ketika dahulu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan tersebut selain turut berharap agar aktiviti penipuan seperti ini dapat dibanteras dah tidak berlaku lagi pada masa akan datang.
“Jenis naik mahkamah tak mengaku salah. Lama-lama sepi. Kes mahkamah pun lenyap.
“Betul tu. Orang yang kena scam je tahu perasaan dia macam mana. Orang lain yang menipu, orang lain yang kena tanggung.
“Memang sakit kena tipu dengan scammers ni. Sementara itu, carilah Allah untuk tenangkan hati dan fikiran.
“Saya doakam semoga dimudahkan urusan dan dimurahkan rezeki kepada semua orang. Banyakkan bersabar.
“Tak tahu macam mana nak cakap. Orang sekarang kaya atas menipu orang. Tak takut dosa. Mereka ingat boleh hidup dalam dunia ni selamanya,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, isu penipu peniagaan menjadi topik hangat setelah puluhan peniaga dikatakan telah menjadi mangsa penipuan urusan penjualan ‘booth’ atau penyewaan tapak meniaga di sebuah festival jualan bersempena sambutan Hara Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aaron Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI