Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat akui dia mengalami banyak perbezaan yang ketara sewaktu hamil anak kedua jika ingin dibandingkan dengan kehamilan yang pertama.
Menurut Ayda yang kini sedang giat menjalani penggambaran filem Bukan Cinta Sempurna, dia juga terkejut apabila badannya masih mampu bekerja meskipun usia kandungan sudah memasuki lima bulan.
“Pengalaman mengandung kali kedua ini sememangnya berbeza. Ada perkara ketika hamil anak pertama yang saya tak boleh buat tapi saya boleh buat ketika hamil anak kedua ini.
“Saya terima tawaran berlakon ini sebaik sahaja saya tahu yang saya hamil. Saya rasa badan saya boleh terima untuk melakukan kerja ini.
“Sewaktu hamil anak pertama, saya memang tak boleh bangun, balas mesej dan tak mahu bekerja langsung. Kali ini saya sangat aktif.
“Namun, ada juga hari yang terpaksa kita hentikan penggambaran sebab sakit belakang atau banyak berjalan. Hal ini memang tak boleh nak dielakkan. Saya terpaksa mohon maaf kepada team produksi,” katanya kepada MH.
Isteri kepada pelakon dan pengacara, Nabil Mahir itu berkata sedemikian ketika ditemui dimajlis sidang media drama berkenaan yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.
Ads
Dalam pada itu, penyanyi lagu Nakal ini turut mendedahkan dirinya tidak mengalami sebarang alahan pelik tetapi dia agak sedih kerana tidak dapat minum minuman kesukaannya.
“Saya tiada mengidam yang pelik-pelik. Namun, ada benda yang saya sangat suka tapi saya tak boleh nak amalkan ketika ini dan ia membuatkan saya sedih hampir setiap hari iaitu minum Milo.
“Saya sendiri tak tahu kenapa? Bila saya minum, saya akan muntah. Badan saya ini boleh dikatakan memang sudah sebati dengan Milo. Hari-hari kena minum Milo.
“Saya cuba minum sejak dari awal kehamilan, memang tak boleh. Hari berikutnya pun sama.
Ads
“Saya cuba lagi selepas trimester pertama mengharapakan hal tersebut berubah tapi sama juga,” kongsinya lagi.
Ditanya mengenai reaksi Nabil ketika dia memutuskan untuk bekerja ketika hamil, Ayda mendedahkan suaminya itu sentiasa menunjukkan sokongan dan memudahkan urusannya ketika penggambaran.
“Nabil memang tiada masalah kalau saya bekerja. Malah, dia pula yang bekerja secara mobile kerana dia mahu bawa saya ke tempat penggambaran hari-hari.
Ads
“Jika dia ada kerja atau mesyuarat, dia akan lakukan secara atas talian atau lari sekejap. Kemudian, dia datang semula ke tempat saya.
“Saya rasa selamat bila suami ada di sebelah saya. Semasa penggambaran, saya harus melakukan banyak perkara, jadi, dia banyak bantu memudahkan urusan saya,” akhirnya.
Semalam, Nabil dan Ayda telah membuat pengumuman istimewa memaklumkan mereka kini sedang menantikan kehadiran cahaya mata kedua.
Sekadar informasi, Ayda dan Nabil telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Ana Nayla yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Di Palembang, Indonesia, tular tentang berita seorang nenek yang berusia 71 tahun dan remaja berusia 16 tahun mengugut mahu membunuh diri jika mereka tidak dikahwinkan.
Menurut sebuah portal, remaja yang bernama, Selamet Riyadi dan pasangannya Rohaya ini sudah berkenalan tiga tahun yang lalu dan berhasrat untuk berkahwin sebulan sebelum tibanya bulan Ramadan yang lalu.
Namun hasrat mereka untuk mendirikan rumah tangga mendapat tentangan daripada keluarga pihak perempuan.
Selepas impian mereka untuk berkahwin mendapat halangan, mereka mengancam mahu membunuh diri.
Dek kerana bimbang mereka akan melakukan perkara yang tidak masuk akal, ahli keluarga Rohaya dan Selamet juga penduduk kampung telah berbincang dan membuat keputusan dengan menikahkan mereka pada 2 Julai yang lalu.
Sumber mengatakan lagi, ikatan perkahwinan mereka ini bukan disebabkan oleh harta kerana mereka berdua berasal daripada keluarga yang sederhana.
Kata sumber, mereka berdua mula jatuh cinta selepas Rohaya merawat Selamet ketika dia menghidap penyakit demam malaria.
Sesungguhnya jodoh itu rahsia ALLAH, tidak kira umur tua atau muda kalau dah tertulis dia jodoh kita memang jauh mana pergi pun dia tetap untuk kita.
Betullah kata pepatah kalau dah jodoh takkan ke mana.
Sumber: Detik.com
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meskipun sudah hampir sembilan tahun mengatur perjalanan sebagai anak seni, penyanyi, Zynakal tidak kisah bila ada pihak yang melabelnya artis suam-suam kuku.
Zynakal sebaliknya melihat perkara tersebut daripada sudut positif di mana dia kini bebas berkarya tanpa tekanan daripada orang-orang di sekeliling.
“Sepanjang hampir sembilan tahun berada dalam industri, macam-macam perkara saya sudah lalui. Saya sedar posisi saya sekarang. Kalau bercakap fasal Zynakal, orang mungkin tahu tapi mereka jarang nampak saya.
“Ada yang kata saya ini artis suam-suam tapi saya selesa dilabel sebegitu. Saya selesa dapat hidup dengan cara saya sendiri. Pada masa sama, saya sibuk dengan kerja-kerja muzik.
“Saya suka bila keadaan tidak terlalu havoc tapi kerja tetap berjalan. Saya rasa lebih lapang. Dulu memang saya terkapai-kapai. Orang tak tahu saya buat lagu. Kini, orang sudah tahu kebolehan saya,” katanya kepada MH.
Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli berkata sedemikian ketika majlis sidang media dan pelancaran lagu runut bunyi bagi filem Dajal, baru-baru ini.
Katanya lagi, dia tidak akan sesekali mencipta gimik atau kontroversi murahan hanya untuk menaikkan namanya.
“Ada kontroversi yang sengaja dibuat-buat dan ada yang berlaku secara natural. Jika anda tanya saya, saya lebih suka kontroversi yang berlaku secara natural dan beri impak yang baik.
“Perkara yang nyata ini lebih seronok. Melalui pengalaman saya sebelum ini, sewaktu saya buat lagu Sakit, kontroversi yang tercetus kekal sehingga hari ini. Ia berdasarkan kisah yang betul. Cerita fasal sakit yang saya alami.
“Saya lebih suka kontroversi sebegitu daripada yang dirancang,” ujarnya lagi.
Zynakal Bakal Lancar Album Sulung
Pada masa sama, Zynakal akui teruja apabila bakal melancarkan album sulungnya tidak lama lagi.
“Saya bakal melancarkan album pada tahun ini. Progresnya sudah mencapai 90 peratus. Proses rakaman pun sudah selesai. Berkemungkinan ia bakal dilancarkan selepas Hari Raya Aidilfitri.
“Album ini akan memuatkan 10 buah lagu. Sembilan buah lagu diciptakan sepenuhnya oleh saya sendiri dan sebuah lagu lagi saya bekerjasama dengan Faithful Music,” akhirinya.
Terdahulu, Zynakal diberikan kepercayaan untuk mencipta lagu runut bunyi bagi filem Dajal yang berjudul Di Kala Malam.
Filem Dajal yang diarahkan oleh Pierre Andre ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 9 Februari depan.
Filem ini turut menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Amir Nafis, Bidin Al Zaifa, Khatijah Tan, Jay Iswazir dan Hanna Halim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pemergian datuk pelakon dan pengacara Neelofa iaitu Noor Mohamed merupakan satu memori yang amat menyedihkan buat mereka sekeluarga.
Pastinya banyak kenangan yang tidak akan dilupakan bersama arwah yang dipanggil ‘Abah’ di kalangan ahli keluarga besarnya; gelak tawa, memori bersama suka dan duka bersama.
Awal semalam, Neelofa turut berkongsi berita sedih itu menerusi IG Storiesnya.
Selain itu, pengacara program MeleTop itu juga turut meluahkan rasa rindunya menerusi IG storiesnya untuk bergilir-gilir (shift) menjaga datuknya, menerusi group WhatsApps mereka.
Terdahulu, Noor Mohamed, 83 tahun telah menghembuskan nafas terakhir pada Selasa lalu jam 11:20 malam, di salah sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.
Arwah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Lemal. Semoga roh Allahyarham Noor Mohamed dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan mereka yang beriman.
Salah takziah buat keluarga Neelofa dari MH.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang Hollywood, Demi Moore, meraikan ulang tahun ke-70 bekas suaminya, Bruce Willis, dengan satu kiriman istimewa di Instagram.Pelakon Die Hard itu menyambut hari lahirnya...