Seorang petugas frontliner tidak dapat menahan sebak dan menangis saat mengucapkan perpisahan sementara dengan keluarga sebelum keluar bertugas.
Luahnya dia tidak dapat berjumpa lagi ibu dan bapa sehingga wabak ini selesai dan cukup menyedihkan apabila tidak dapat memeluk ibu sebelum berjihad menentang wabak yang menular.
Perkongsian ini dimuat naik di lnstagram pelawak penyampai radio, Jep Sepahtu.
“Ya Allah… Kau lindung dan peliharalah petugas-petugas dibarisan hadapan serta keluarga mereka dari segala bahaya. Tiada daya upaya bagi kami melainkan dengan pertolongan Mu,” kongsinya.
Setakat ini, terdapat 150 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2470 kes dengan jumlah kematian mencecah 27 orang.
Foto : Instagram Jep Sepahtu
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Dapat Berjalan, Berkerusi Roda,” – Dilahirkan Tanpa Kaki, Ibu Mimi Fly ONE Tetap Cekal Besarkan Anak-Anak
Menerusi Nona, ibu kepada penyanyi One Nation Emcees, Mimi Fly iaitu Ramlah Md Jalee ini layak digelar Superwoman atas kehebatannya menguruskan rumah tangga dan tiga anak.
Tidak pernah menanggap kekurangan diri sebagai halangan, walaupun telah kematian suami, namun dia tetap cekal meneruskan perjuangan.
Lebih menakjubkan, dia yang dilahirkan tanpa sepasang kaki ini dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ibu Gemilang 2018.
“Dengan keadaan saya yang tidak dapat berjalan dan terpaksa berkerusi roda, memanglah satu cabaran besar untuk menguruskan anak-anak semasa kecil.
“Cuma cara saya mendukung anak-anak, memasak, memandu, menaiki tangga dan keluar bekerja berbeza berbanding ibu-ibu lain.
“Saya terpaksa membawa anak-anak ke rumah pengasuh dengan kereta kerana saya bekerja manakala suami pula seorang ahli perniagaan.
“Saya tak pernah salahkan sesiapa dengan keadaan saya seperti ini. Saya percaya, Allah SWT berikan kelebihan dan kekurangan untuk setiap makhlukNya. Dalam kehidupan ini, saya melihat ada keadaan orang yang lebih teruk daripada saya,” katanya seperti yang dipetik.
Punya kelulusan dalam bidang Penulisan Kreatif dan Deskriptif dari Universiti Malaya, jelasnya, dia harus berdikari untuk meneruskan kehidupan yang serba mencabar ini.
“Saya membuktikan, walaupun seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU), kesedaran untuk menjaga diri sendiri menjadi paksi agar saya terus berusaha untuk mengharungi kehidupan yang penuh ranjau ini.
Saya harus berdikari tanpa mengharapkan sesiapa.
Jika saya tidak menolong diri sendiri, siapa yang sanggup membantu saya buat selamanya? Jadi saya harus kuat dan sentiasa positif,” ulasnya lagi.
Kemunculan Ramlah menerusi segmen Gegar Vaganza bersama Mimi nyata membuka mata netizen apabila melihat keazaman wanita hebat ini membesarkan anak-anaknya.
Sumber : Nona & Instagram Mimi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Sedar Diri, Suara Tak Berapa Sedap,” – 21 Tahun Tinggal Dunia Nyanyian, Nana Mahazan Cari Kekuatan Lancar Lagu
Selepas lebih dua dekad meninggalkan bidang seni suara, penyanyi dan pengacara, Nana Mahazan kini kembali dengan single terbaharu yang berjudul Mampu.
Menurut Nana atau nama sebenarnya, Nurul Hana Che Mahazan, dia sanggup melanggar janji demi menghasilkan lagu semangat untuk para wanita di Malaysia.
“21 tahun lalu, saya telah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak menyanyi lagi. Saya pun sedar diri yang nyayian saya tidak berapa sedap.
“Namun, saya mencari kekuatan untuk menghasilkan sebuah karya lagu yang telah dilancarkan pada sambutan Hari Wanita, baru-baru ini.
“Ia merupakan sebuah lagu motivasi dan bukan menyasarkan ke AJL. Saya hanya mahu berkongsi semangat jatuh bangun sepanjang bergelar anak seni.
“Saya tahu ramai pengikut saya di media sosial sangat sukakan konten-konten positif yang selalu saya hasilkan. Jadi, karya ini merupakan hadiah buat mereka. Semoga ia turut menjadi asbab kepada kebaikkan,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, semangat untuk kembali menyanyi hadir selepas mendapat dorongan daripada suami, Mohamed Raqeem Brian Abdullah dan mentornya, Datuk Jerry.
“Saya sebenarnya telah disuruh oleh mentor saya iaitu Datuk Jerry. Saya banyak belajar daripada beliau. Katanya ini bukan fasal suara tetapi perkongsian perjalanan hidup.
“Suami pun sokong walaupun ketika itu saya masih berbelah bahagi. Saya tahu ia akan mengundang banyak kecaman daripada netizen.
“Malah, ketika ini juga, ramai yang memuat naik semula video-video lama saya ketika menyanyi. Namun, disebabkan saya ada matlamat yang baik, saya teruskan juga,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasi 1 akui agak sukar untuk membiasakan diri untuk kembali untuk mengadakan sesi rakaman di studio.
“Saya tidak berapa suka dengan proses rakaman. Bila masuk ke studio dan kita mula memakai headphone, saya rasa tekanannya agak tinggi. Mungkin sebab itu saya tak suka jadi penyanyi.
“Namun, produser pula mengatakan tidak mengapa jika nyanyian tidak sempurna kerana ia merupakan karya yang lahir dari hati. Mungkin lama lagi kalau saya nak menyanyi balik pun,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Nana akui teruja dengan respon positif daripada netizen yang rata-ratanya rindu untuk melihat Nana kembali menyanyi.
“Bila kita lancarkan pada 8 Mac lalu, penerimaan orang sangat positif. Tiada pun yang berikan komen negatif. Mungkin mereka rindu nak dengar nyanyian saya.
“Ada yang kata saya boleh menyangi tapi kena lagu yang sesuai. Mungkin masyarakat dapat merasai apa yang ingin saya sampaikan,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terkesan Dengan Kehilangan Dua Permata Seni, Yatt Hamzah Titip 6 Pesanan, – “Semoga Husnul Khotimah Buat Abam & Ashraf.”
Hari terus berganti, pemergian dua insan yang menyinari arena seni yang namanya cukup sinonim di sini telah pergi menghadap Illahi, tidak sampai dalam tempoh tiga bulan.
Selepas pelawak, Abam Bocey menghembuskan nafas pada 10 Februari lalu, kini pelakon Ashraf Sinclair yang mencipta nama di Malaysia dan Indonesia kembali ke rahmutullah jam 4:51 pagi tadi (Selasa) dipercayai akibat serangan jantung.
Ia sekali gus, mengejutkan ramai pihak atas pemergian Ashraf atau nama penuhnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair itu.
Yatt Hamzah misalnya, turut memberikan dedikasi atas pemergian arwah dan turut terkesan dengan pemergian dua permata seni itu.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. AL FATIHAH.
Semoga Husnul Khotimah buat mereka (Abam dan Ashraf) dan buat kita juga.
“Meninggal pd usia muda. Apakah jaminan pd kita? Nyata mati itu pasti dan bila2.
“Siapkan bekal kita pulang. Abam meninggal ketika tidur. Difahamkan Ashraf Sinclair juga meninggal waktu tidur.
“Apa jaminan kita akan hidup bila kita tidur? Tiada.
“Bila hidup kita merasa berat membuat ibadah sunat, tidak mengapa. Tapi jangan tinggalkan ibadah yang wajib. Paksakan diri untuk buat yang wajib.
“Jangan tinggal solat 5 waktu. Jangan tinggal puasa tanpa uzur. Jangan tidak membayar zakat. Tutup aurat. Elakkan diri membuat dosa. Cepat-cepat bertaubat ketika melakukan dosa.
“Jangan kita lalai mencari rezeki sehingga meninggalkan solat. Rezeki kita sudah dijamin, syurga kita yang belum dijamin. Perbaiki ibadah yang membawa kita ke syurga.
“Imam al-Ghazali berpesan: “Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
“Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.” Jadikan kematian itu sebagai peringatan dan hidayah. Andai masih tidak mahu berubah ke arah kebaikan, maka dengan cara apa lagi mahu Allah beri hidayah?
“Doa Rasulullah saw yang paling banyak adalah: “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” Riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi
“Andai terdapat sedikit kebaikan dalam post ini, mohon doakan semoga kebaikan itu dapat membawa kita ke syurga di sisi Allah bersama-sama. Aamiin,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Menerusi perkongsian pemilik nama penuh Haryati Hamzah itu, ia turut memaparkan foto arwah Abam dan Ashraf.
Terdahulu, Abam meninggal dunia pada 10 Februari lalu akibat demam panas.
Sementara, Ashraf meninggal dunia jam 4:51 pagi tadi akibat serangan jantung.
Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia selepas solat Asar.
Foto : Instagram Yatt Hamzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI