Seorang petugas frontliner tidak dapat menahan sebak dan menangis saat mengucapkan perpisahan sementara dengan keluarga sebelum keluar bertugas.
Luahnya dia tidak dapat berjumpa lagi ibu dan bapa sehingga wabak ini selesai dan cukup menyedihkan apabila tidak dapat memeluk ibu sebelum berjihad menentang wabak yang menular.
Perkongsian ini dimuat naik di lnstagram pelawak penyampai radio, Jep Sepahtu.
“Ya Allah… Kau lindung dan peliharalah petugas-petugas dibarisan hadapan serta keluarga mereka dari segala bahaya. Tiada daya upaya bagi kami melainkan dengan pertolongan Mu,” kongsinya.
Setakat ini, terdapat 150 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2470 kes dengan jumlah kematian mencecah 27 orang.
Foto : Instagram Jep Sepahtu
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dulu Saya Suka Cari Pasal, Lepas Je Kenal Aeril… ,”- Wawa Zainal Kongsi Momen Awal Perkahwinan
Pasangan selebriti popular Aeril Zafriel dan Wawa Zainal sering menjadi perhatian ramai dek kemesraan dan kebahagian yang dikongsikan di media sosial.
Kedua-dua pasangan itu ditemui di One Utama, Petaling Jaya bersempena Kempen Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gambatte Systema berkata, masing-masing mempunyai kelebihan dan keburukan tersendiri.
“Lelaki dan perempuan ini ada ego tersendiri. Macam Wawa, dia kena faham kalau saya marah jangan terlalu ambil serius selagi kemarahan itu tidak melibatkan anak-anak dan kerja,” kata Aeril kepada MH.
Dalam pada itu, Wawa sempat memberi nasihat agar wanita diluar sana tidak perlu cepat melenting dalam sesuatu perkara.
“Sebagai perempuan jangan perbesarkan isu remeh temeh..
“Macam saya dulu, saya suka besarkan isu walaupun benda itu remeh temeh, tapi selepas kenal Aeril, dia jenis seorang yang penyabar dan penyanyang, jadi saya banyak belajar dari kesilapan,” kongsi Wawa.
Kedua dua pasangan ini juga merupakan duta bagi produk kebersihan gigi, Systema mengakui bahawa perkahwinan di usia muda bukanlah sesuatu yang mudah.
“Kematangan dalam rumahtangga. Itu sahaja rahsianya. Terutama perempuan, mereka cepat melenting dan suka memperbesarkan sesuatu isu,walhal ia adalah perkara remeh..
“Kami dulu kahwin muda, jadi masa awal perkahwinan saya seorang yang suka cari pasal benda2 remeh temeh..tapi sebenarnya perkara itu boleh menyekat rezeki keluarga,”kongsi Wawa.
“Bila keluarga okay, tiada pergaduhan, rezeki senang masuk macam air,” akhiri Wawa.
Dalam pada itu, Aeril sempat berkongsi beberapa tips untuk mengukuhkan rumahtangga bahagia.
View this post on InstagramPtutlah @aeril_zafrel dgn @w4w4_zainal bahagia sentiasa ?? #MHnews #MediaHiburan
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Boleh Jadi Lagi Teruk Kalau Kami Lambat Bertindak,” – Ana Nayla Kena Ekzema, Ayda Jebat Mahu Lebih Waspada
Baru-baru ini, anak kepada pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir , Ana Nayla dilaporkan mengalami masalah kulit sehinga menyebabkan beberapa bahagian pada badan dan wajahnya menjadi kemerah-merahan.
Ayda ketika ditemui memaklumkan, puteri pertamanya itu telah diserang ekzema.
Jelasnya lagi, keluarga Nabil pula sememangnya mempunyai sejarah penyakit ekzema dan memerlukan pemantauan yang rapi.
“Kalau ekzema tu sebenarnya ada dalam darah Nabil. Nabil dan keluarga memang ada kulit yang sensitif. Macam Nabil dulu, dia alahan dengan kacang.
“Keluarga Nabil pula memang tak boleh makan makanan konservatif. Dekat rumah memang tiada perancah makanan, keropok dan minuman-minuman tin. Anak buah Nabil pun begitu. Kalau minum minuman bertin, memang akan dapat ekzema tu. Mungkin darah itu ada pada baby sekali,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, penyanyi lagu Pencuri Hati ini turut memberitahu, pada awalnya, dia berasa amat terkejut kerana ini merupakan kali pertama anaknya itu diserang penyakit kulit.
“Pada mulanya saya sendiri tak tahu punca Ana kena ekzema. Kami cuba kenal pasti. Ketika itu, dia tak berapa sihat. Jadi, kami ada bagi makan ubat. Mungkin alahan pada ubat atau mungkin alahan terhadap makanan saya sebab dia menyusu badan.
“Pihak doktor pun tak tahu punca sebenarnya Ana boleh terkena ekzema. Jadi, kami cuba untuk hentikan semua perkara yang boleh buatkan kulitnya jadi sensitif.
“Kami berhenti makan seafood dan cuba bagi Ana makan ubat lain. Alhamdulilah semuanya kembali okay.
“Sewaktu mula-mula jadi tu, saya memang sangat terkejut sebab ini pengalaman pertama saya berhadapan situasi ini. Sebenarnya ia boleh jadi lagi teruk kalau kami lambat bertindak,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Nabil turut memuji tindakan pantas pihak doktor yang merawat penyakit anaknya itu sehingga keadaan kembali terkawal.
“Alhamdulillah, ekzema tersebut tidak lah sampai ke tahap yang teruk. Doktor pun bertindak cepat.
“Doktor minta kami cari satu ubat yang spesifik ini untuk melawan semula symptom tersebut. Alhamdulillah lepas sekali makan, kita boleh nampak dengan cepat perubahan Ana. Buat masa ini, semuanya dah kembali okay,” katanya lega.
Sebelum ini, Ayda dan Nabil berkongsi beberapa keping foto yang memaparkan keadaan Ana diserang penyakit kulit di akaun Instagram Ana Nayla.
Sekadar informasi, Ana Nayla merupakan cahaya mata pertama Ayda dan Nabil yang lahir pada 21 September 2021.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Ayda Jebat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Minta Maaf Dalam Islam Tidak Ada Hari Valentines…,”- Ditegur Gara-Gara Ucapan Buat Isteri, Ini Reaksi Balas Edika Yusof
Semalam, pelakon Edika Yusof ada menitipkan ucapan istimewa buat isterinya bersempena dengan sambutan hari kekasih atau lebih sinonim dengan panggilan Valentines Day.
Jelas Edika, dia akan sentiasa menyayangi isterinya itu bukan sahaja ketika Hari Valentines tetapi juga untuk selama-lamanya.
Malah, Edika turut menyifatkan kejayaan hidupnya selama ini banyak didorang oleh rasa cinta yang mendalam terhadap isterinya itu.
“I love you dis Valentine’s Day and always! I am a successful man because I love an incredible woman who always believes in me.
“You bring out my best, and your love completes me. Happy Valentine’s Day! 18th,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Mencari Kiblat itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di Instagram.
Bagaimanapun, entri berkenaan nyata mengundang rasa kurang senang di hati seorang individu yang menyifatkan seseorang muslim tidak sepatutnya menyambut hari tersebut.
“Mintak maaf dalam Islam tidak ada hari Valentines day itu budaya orang kafir yang memperingati kematian sepasang kekasih iaitu Valentines dan kekasihnya mati bunuh diri pada 14 Februari,” jelasnya.
Melihat komen tersebut, ini reaksi balas yang diberikan oleh Edika;
“Terserah niat masing-masing. Kita tak ikut mereka kita just cara kita, InsyaAllah,” balasnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Edika seorang yang sangat romantis selain turut mendoakan agar rumah tangganya akan berkekalan sampai bila-bila.
Untuk rekod, Edika dan isterinya, Nor Hidayah Yusri telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada Januari 2003.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan tiga cahaya mata, Nazirul Afiq, 21, Fardeen Nasrulhaq, 17, dan Fereena Nurulhaq, 16.
Sumber: Instagram Edika Yusof
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI