Bersempena dengan bulan Ramadan ini, pelakon versatil, Fasha Sandha sering dilihat tampil manis berhijab menerusi mana-mana majlis keramaian.
Malah, Fasha juga ada berkongsi dirinya berbuka puasa bersama ibu mertua, anak-anak dan rakan artis di sebuah restoran, malam tadi.
Dalam pada itu, isteri kepada Aidil Aziz turut mendedahkan sikap sebenar ibu mertuanya itu.
“Ibu mertuaku ni pemalu orangnya. Kuat gelak macam suami kita jugak.
“No time for social media katanya,… Masanya hanya untuk family.. ,anak2 dan cucu. Awww sweet kan.. terima kasih ibu sebab sayangkan Sha,Rayfal dan Jemyma dan Family,” tulisnya.
Fasha tampak manis menyarungkan baju kurung berwarna jingga lembut dan tudung bawal
Foto : Instagram Fasha Sandha