Selepas kecoh mengenai foto penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz yang didakwa telah pun mencacah tatu di bahagian dadanya dengan nama timangan bekas isteri iaitu ‘Bella’ di laman Twitter, Bella Astillah sebentar tadi tampil memberikan pandangan.
Baru sahaja pulang bercuti bersama famili fi Australia, ibu tunggal ini terlebih dulu memohon maaf kepada pihak media yang gagal menghubungi bagi mendapatkan penjelasan.
“Salam. Bella baru sampai Malaysia subuh tadi. And I received a lot of calls, texts, dms and mentioned from ig & twitter berkenaan dengan ex-husband saya, Aliff. Maaf kepada media yang bella tak dapat reply sbb harini bella nak rest kurang sihat.
“Di sini saya kongsikan sedikit, saya sangat2 sedih dengan apa yang menimpa diri Aliff. Walau apapun he is still the father of my son.
“Dan sebenarnya sebelum bella berangkat ke Melbourne, Bella bawa Ayden berjumpa dengan dia di Singapore untuk spend time dengan Daddy dia. Apa yang terjadi sekarang sangat mengejutkan saya dan keluarga,” tulisnya.
Bella pada masa sama turut menyatakan rasa sedih atas apa yang berlaku terhadap bekas suaminya itu.
“Saya tak dapat menahan sedih dan menghubungi dia pagi tadi and he said dia dianiaya oleh orang yang baru shj dia kenal yang terdapat dalam video tersebut hanya untuk mengenakan dia. Wallahualam.
“Tapi niat dan point utama saya kat sini, Aliff is feeling lost and despair. Perlukah kita bersorak gembira? Adakah kita betul2 tiada hati dan perasaan? Adakah kita atau ahli keluarga kita dah cukup sempurna?
“Adalah lebih baik kita doa yang baik2 sebab kita sendiri taktahu apa dan bagaimana pengakhiran hidup ,” kongsi Bella lagi.
Malah, Bella turut mendoakan agar Aliff kembali sihat dan kuat dalam mengharungi fasa ini dalam hidupnya.
“Jangan kita meremehkan hal yang berkenaan dengan depression. Saya selalu beritahu Aliff he can always call/video call Ayden. Anytime. Saya tak berdendam dengan dia, saya dah maafkan dia 100%. Siapalah saya nak menghukum dia.
“Aliff seorang yang sangat bijak, berilmu tinggi cuma iman dia kurang. Dan kepada siapa pun yang berkawan dengan Aliff sekarang, lindungi dan bantulah dia bukan sebaliknya. Soal tattoo, boleh check ig @leahenna_artist sbb kak Lea yang buat nama Bella tu menggunakan Inai when I was in China tahun 2016 rasanya lama sangat dah.
“Adakah kita rasa puas dan hebat sekiranya apapa terjadi pada Aliff? Nauzubillahminzalik. Kita doa yang baik2 dan comment yang baik2 kat ig dan twitter dia, manatahu dapat bantu dia. Dan semoga Aliff kembali sihat, mudah mudahan. Be strong,” tulisnya panjang lebar.
Foto: Instagram Bella/Twitter
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI