Pendakwah bebas dan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz menyifatkan keputusan isterinya juga bintang terkenal, Noor Neelofa yang berkongsi wajah anak sulung mereka, Muhmmad Bilal, sembilan bulan, di Instagram, semalam bagi ‘sifarkan’ tohmahan.
Menurut PU Riz, 27, setiap tindakan dan apa pun yang hendak dilakukan perlu disertakan dengan ahklak.
“Bagi saya, jangan keterlaluan dan melampaui batas agama. Tidak kisah anak siapa pun, selebriti atau orang biasa. Tidak elok jika kita bercakap sesuatu yang tak baik kepada anak orang lain. Perlu fikir apa perasaan ibu bapa itu,” katanya.
Riz menambah, dia sedih dengan tindakan segelintir pihak yang menyunting wajah anaknya selepas terdapat individu tidak bertanggungjawab menularkan penampilan Bilal di tempat umum.
“Kami sebagai ibu bapa, sedih dengan sikap orang kita. Kalau saya, memang tak tergamak nak buat begitu kepada anak orang lain. Walupun kenal baik atau tak dengan kita, itu bukan cara dan tindakan yang betul. Malah, tak perlu nak sentuh sampai tahap begitu.
“Hargai ciptaan Allah SWT. Jangan ubah. Sebagai manusia ia tindakan biadab dan kurang adab. Sebab itu saya nyatakan, apa saja nak dibuat kena dilakukan dengan akhlak. Malah, siap ada mesej saya suruh bertabah dan sebagainya. Bagi say aitu dah macam satu fitnah,” katanya.
Artikel Berkaitan;
“Bukan Nilai Jadi Ukuran, Tapi…,” – PU Riz Nak Kongsi Rezeki RM700, Khas Buat Pelajar SPM B40 & OKU
Dalam masa sama, Riz turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat, pengikut di laman sosial dan rakan artis yang sentiasa menitipkan kata-kata dan doa yang baik buat mereka sekeluarga.
“Saya sempat baca komen yang ditulis, alhamdulillah, ramai lagi yang sayangkan Bilal dan kami sekeluarga. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang baik-baik.
“Harapnya, mereka yang teringin sangat nak ambil tahu mengenai anak kami, sudah boleh melihat sepuasnya,” katanya.
Terdahulu, tular beberapa foto dan video yang memaparkan wajah Bilal ketika didukung oleh Neelofa disebuah premis swasta.
Bagaimanpun, foto sama juga telah disunting dengan pelbagai bentuk wajah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab hingga menimbulkan rasa sedih ibunya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI