Adik kepada Syatilla Melvin yang juga bergelar pelakon, Syida awal semalam ada berkongsi fotonya sedang memangku cahaya mata kedua kakaknya itu yang baru sahaja dilahirkan semalam.
Katanya menerusi Instagram dia merupakan ibu saudara yang paling gembira atas kehadiran ahli baru di dalam keluarga besarnya.
Malah kongsinya lagi, dia juga bersetuju dengan pendirian tidak mendedahkan wajah bayi yang baru sahaja dilahirkan buat tatapan umum.
Lalu, bintang muda itu menutup wajah bayi berkenaan dengan tanda emoji.
“Orang tua tua kata tak elok sangat kalau expose muka baby baru lahir. Nanti dah lamaaaa sikit mak pak dia tunjuk kat hampa naaa.
“Assalamualaikum Baby Girl Maknjang, bertambah lah anak buah kami kalini, 2 lelaki 2 perempuan!! OMGGGG IM THE HAPPIEST AUNTY IN THE WORLDDDD,” kongsinya.
Foto: Instagram Syida Melvin