“Tak Faham Bahasa Ke?,”- Fedtri Yahya Marah, Apa Yang Dimarahkan Sangat Tu?

Share

Pengacara, Fedtri Yahya telah memuat naik satu keping gambar di akaun Instagram miliknya berserta kapsyen ringkas iaitu ;

“Tak faham bahasa ke?,” tulisnya.

 

Rupanya, pengacara dan komposer itu telah memuat naik gambar tersebut ingin memberi pesanan dan nasihat kepada ibu bapa yang berada diluar sana untuk sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Ada segelintir ibu bapa yang suka meletakkan kenderaan tempat yang dilarang oleh pihak sekolah membuatkan keadaan dikawasan sekolah menjadi sesak.

Lantas daripada kejadian itu membuatkan Fedtri marah dan behrang dengan segelintir ibu bapa yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

Kepada ibu bapa diluar sana, silalah ikuti nasihat dan pesanan Fedtri untuk sentiasa mematuhi peraturan.

Foto : Instagram Fedtri Yahya

Published by
Nazar Rafiqhi