Pelakon Puteri Sarah, 38, mendedahkan anak sulungnya, Shaikul Islam, 6, mengetahui mengenai kemelut rumah tangga ibu bersama bapa mereka, pengarah Syamsul Yusof.
Puteri Sarah berkata, anak sulungnya itu bertanya kepada atuk mereka, Datuk Yusof Haslam sejurus mengetahuinya melalui internet.
“Anak pertama sudah tahu sebab Shaikul sendiri beritahu bapa mentua saya, ‘abang dah tahu dah. Lalu Datuk dan Datin beritahu Shaikul, walau apa pun yang terjadi, Ma dan Atuk memang sayangkan Shaikul dan Summayah.
“Kami sekeluarga ada, jangan risau dan tak usah ambil peduli apa itu semua.
“Shaikul dapat tahu awal-awal daripada Atuk dia. Jadi saya tidak pasti bagaimana reaksi dia bila pertama kali mengetahui perkara tersebut. Anak-anak pun masih kecil.
“Malah saya rasa dia ada dengar cerita menerusi YouTube dan mungkin bertanya. Jadi mereka terangkanlah. Saya bertuah kerana mempunyai ibu dan bapa mentua yang baik,” katanya.
Ditanya apa perasaannya selepas bertemu suaminya pertama kali selepas setahun di dalam kamar mahkamah, Puteri Sarah menjelaskan perasaan itu sudah tidak wujud.
“Rasa biasa sahaja. Tiada apa yang luar biasa. Saya pun tak pandang, tak tahu tengok saya atau sebaliknya. Saya hanya mahu terus pandang ke depan. Dah la, bye-bye,” katanya lagi.
Terdahulu, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
Pada prosiding itu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, 38, diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, peguam syarie Roshdan Sujak.
Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Berdasarkan dokumen yang diperoleh antara alasan yang dikemukakan Puteri Sarah untuk bercerai ialah sudah tidak ada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.
Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI