Pengacara dan penyampai radio, Shah Sulaiman meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan segelintir pihak yang dikatakan secara terang-terangan menghina institusi Raja-Raja Melayu.

Menurut Shah, dia telah pun membuat laporan polis berhubung isu berkenaan dan berharap agar tindakan sewajarkan akan dikenakan terharap individu-individu tersebut.

“Jangan rasa benda ni biasa. Penghinaan demi penghinaan dilakukan terhadap Raja-Raja kita. Samaada kita sedar atau tak mmg ada gerakkan nak jadikan Malaysia ni republik.

“Pemahaman Sistem Raja tidak lagi releven masa kini sedang giat di tanam dalam pemikiran anak-anak muda. Kalau korang percaya pegi usha dekat twitter.

IKLAN

“Ramai anak-anak muda kita yang dah terpengaruh. Kita kene selamatkan diorang dan institusi raja-raja kita,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyampai radio Kool Fm itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Shah turut menyeru kepada rakan-rakan artis dan juga Instafamous untuk sama-sama memberi kesedaran terhadap isu ini.

“Mohon kawan-kawan selebriti and influencer mainkan peranan juga pertahankan raja-raja kita. Follower korang lagi ramai daripada aku.

“Jangan marah dekat mulut je tapi takde tindakan. Tak guna follower berjuta tapi tak membantu pertahankan.

“Bila event diraja panggil show datang, bila raja kena hina buat diam je. Benda ni bukan main-main gais.

“Jangan biar raja-raja kita diperlekehkan,” kongsinya lagi.

Melihat ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis meluahkan tanda sokongan terhadap tindakan Shah itu.

Sumber: Instagram Shah Sulaiman